• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

January 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) pada November lalu memperkenalkan CBR1000RR Fireblade sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Terbaharu, wakil pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia itu secara rasmi membawa masuk model superbike tersebut.

BACA>>>#KLIMS2018: Boon Siew Lancar Honda PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade

CBR1000RR Fireblade versi SP menawarkan tunggangan lebih sporty menerusi sentuhan DNA perlumbaan Honda. Kepada mereka yang gemarkan tunggangan trek, model ini memang sesuai dijadikan pilihan.

Berikut beberapa fakta pantas yang perlu anda tahu tentang CBR1000RR Fireblade SP yang baru saja tiba di Malaysia:

  • Dibangunkan berasaskan konsep 'Next Stage Total Control', jentera seberat 195kg ini menawarkan kawalan penuh kepada penunggang menerusi prestasi jentera yang pantas dan stabil.
  • Dijana enjin 4-lejang 998cc DOHC 4-injap penyejukan cecair, superbike ini mampu meledakkan kuasa 189hp @ 13,000rpm dan tork 114Nm @ 11,000rpm. Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Dipadankan teknologi Honda termaju seperti kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC), ciri brek enjin Selectable Engine Brake (SEB), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), ciri Quick Shifter dengan bantuan anjakan gear Downshift Assist,piliihan kuasa Power Selector, dan damper elektronik Honda Electronic Steering Damper (HESD).
  • Sistem Pilihan Mod Tunggangan (RMSS) meningkatkan adrenalin pengendalian menerusi pilihan mod trek, selekoh dan jalan raya. Semua mod digabungkan dengan ciri HSTC.
  • Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi Kawalan Pintar Elektronik Öhlins, menjadikan Fireblade SP jenteral Honda pertama memiliki ciri tersebut.
  • Didatangkan dengan dekal HRC tiga warna
  • Harga CBR1000RR Fireblade SP untuk pasaran Malaysia ialah RM114,999.
  • Kawalan Wheelie kali ini diasingkan daripada HSTC. Ada tiga tahap dan setiap fungsi ditambah baik.
  • Pengaktifan katup terotel dikemas kini dengan 45 peratus lebih pantas antara tempoh menutup terotel dan menurunkan rev.
  • Respon balas ABS juga dikurangkan bagi meningkatkan tekanan brek apabila sistem mula bertindak balas.
GALERI

Related

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR1000RR, Honda CBR1000RR Fireblade SP, Honda Fireblade SP 2018, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my