APABILA menyentuh tentang industri automotif, Thailand antara negara yang pesat dan hebat. Negara Gajah Putih itu menjadi hab pengilangan trak pikap untuk pasaran global. Bagaimanapun, itu tidak bermakna negara kita ketinggalan. Faktanya, pemimpin negara memilih untuk menjadi pengeluar kereta, sebaliknya Thailand menumpukan kepada industri pemasangan dan pengilangan kenderaan.
Permata negara semestinya Proton, Perodua dan Modenas. Itu belum termasuk kemampuan anak tempatan membina kereta dari atas kertas hingga tiba ke bilik pameran. Itulah dimahukan pemimpin negara supaya rakyatnya percaya kemampuan diri selain memiliki semangat dan fikiran hebat.
BACA >>> Nissan LEAF Lancar untuk Pasaran Thailand dengan Harga Keras Cecah Enam Angka!
Namun, fakta jelas ialah jumlah eksport tinggi memberi pulangan baik untuk negara yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, kontrak pembekalan, tukaran wang asing dan limpahan ekonomi ke kawasan setempat.
NISSAN THAILAND
Nissan antara syarikat automotif yang membantu Thailand dalam aspek ini. Jumlah eksport Nissan ke luar negara kini mencecah sejuta unit, dan unit eksport ke-1 juta itu ialah Terra, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) premium yang dieksport ke pasaran global.
Nissan memulakan program eksport kenderaan berkualiti tinggi sejak 1999 menerusi model pertama, Frontier (Navara) ke Australia. Sejak itu, operasi pengilangan Nissan di Thailand berkembang menjadi hab utama utama untuk pasaran Asia dan Oseania (Australasia).
Jika ada memandang rendah kemampuan warga Asia dalam kualiti pemasangan kenderaan, anggaplah mereka tersilap. Tiga negara yang menjadi destinasi eksport utama Nissan pada 2018 ialah Filipina, Australia dan Jepun. Ranking jumlah eksport tersebut diikuti Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Vietnam, New Zealand, Dubai dan Oman.
BACA >>> Nissan Thailand Kemas Kini Almera, Cuma Ada Enjin 1.2L dengan Ciri Henti Lahu
Sejak 1999, hasil produk Nissan Thailand sudah sampai ke lebih 115 negara. Model eksport itu ialah Almera, March, Navara, Sylphy, Teana dan Terra. Nissan juga banyak membantu dalam memakmurkan ekosistem industri automotif dan mewujudkan peluang pekerjaan. Nissan berkerjasama dengan 250 syarikat untuk rantaian pembekalan yang melibatkan kira-kira 170,000 orang.
Pada 2018, Nissan berada di ranking kelima syarikat Thailand yang mencatatkan eksport tinggi ke luar negara, meningkat 19 peratus berbanding 2017.
Berikut pencapaian Nissan di Thailand:
- Program pengilangan bermula pada 1960.
- Kilang Nissan berpindah ke Samut Prakan pada 1975 bagi memenuhi peningkatan permintaan.
- Pada 2014, Nissan membuka kilang kedua di Bangna-Trad KM22.
- Kilang itu ialah pusat pengeluaran domestik dan eksport Navara dan Pusat Kecemerlangan Global (COE) bagi trak pikap tersebut.
- Pada 2015, Nissan membuka Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) serantau, bersebelahan kilang Samut Prakan.
- Nissan turut melabur dalam pembangunan kemahiran kakitangan melalui program latihan di kilang pengeluaran Jepun.
- Program itu bermula pada 2016 dan sejak itu disertai seramai 163 kakitangan Thailand.
- Nissan turut membantu komuniti melalui program latihan amali dengan 11 universti utama Thailand dan program Pembangunan Kepimpinan Remaja melalui Yayasan Raks Thai dan CARE Jepun.
- Lebih 1,000 pelajar di 10 sekolah dari tiga daerah termasuk Samut Prakan terlibat dalam program kepimpinan remaja.
BACA >>> Nissan USA Perkenal GT-R (2019) dalam 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM418k
Leave a Reply