• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris Crossover (2019) Muncul di Taiwan

Toyota Yaris Crossover (2019) Muncul di Taiwan

January 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Yaris Crossover muncul di Taiwan dengan penampilan cukup gah menerusi tambahan kemasan badan berwarna hitam. Bahagian depan hampir tiada perubahan dilakukan pada gril dan bampar.

Toyota Taiwan memberikan kemasan plat skid perak, manakala bawah bampar ditutupi cat hitam khas crossover. Bahagian rim mirip Yaris Cross di Afrika Selatan, cuma bahagian fender hitamkan. Semburan cat hitam turut dipadankan pada bumbung, termasuk rel bumbung dan perumah cermin sisi untuk gaya kontras.

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Toyota Yaris (2018) Facelift - Harga Bermula Rp275 juta (RM79k)

TOYOTA YARIS CROSSOVER-9
TOYOTA YARIS CROSSOVER-7
TOYOTA YARIS CROSSOVER-5

Tiada plat skid perak di belakang, yang ada cuma dengan warna badan dan difuser hitam dan rekabentuk spoiler baharu. Lencana ‘Cross’ disisipkan di penjuru but belakang, walaupun tidak sukar mengecam segmen kereta berkenaan.

Masuk ke kabin, perubahan paling ketara ialah warna coklat pada papan pemuka, kemasan pintu dan kerusi. Trenkuasa masih lagi sama, dijana enjin 1.5L Dual VVT-i berkuasa 105hp dan tork 140Nm dengan transmisi Super CVT-i. Ciri keselamatan dibekalkan 7 beg udara, Kawalan Bantu Mula Daki (HAC), Kawalan Traksi (TRC) dan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

Yaris Crossover didatangkan dalam dua pilihan varian: Classic, harga NT$639,000 (RM85,178) dan Luxury, NT$685,000 (RM91,310).

GALERI
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-7
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-1
TOYOTA YARIS CROSSOVER-2
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-2
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-3
TOYOTA YARIS CROSSOVER-1
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-4
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-5
toyota-yaris-crossover-taiwan-2019-6
TOYOTA YARIS CROSSOVER-9
TOYOTA YARIS CROSSOVER-6
TOYOTA YARIS CROSSOVER-5
TOYOTA YARIS CROSSOVER-8
TOYOTA YARIS CROSSOVER-7

Related

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Taiwan, Toyota, Toyota Taiwan, Toyota Yaris, Toyota Yaris Crossover, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev