• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Indonesia Perkenal Varian Baharu W175 Cafe

Kawasaki Indonesia Perkenal Varian Baharu W175 Cafe

January 15, 2019 By Aryon 1 Comment

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) membuka Tahun Baru dengan melancarkan varian baharu W Series, iaitu W175 Cafe dengan menonjolkan konsep gaya cafe bagi meluaskan pasaran pembeli di negara jiran itu.

Secara fizikal, tiada sebarang perubahan ketara berbanding model lama yang sudah diperkenalkan sejak November 2017. Cuma satu varian ditawarkan dengan tambahan komponen supaya menepati konsep sebuah jentera cafe racer.

BACA >>> Kawasaki W175, Lagi Model Baharu Retro-Moden Masuk Pasaran Indonesia

Komponen tersebut terdiri daripada meter visor, fender belakang lebih pendek, pelana gaya tucked role dalam dua kemasan warna: coklat dan hitam, pelindung mufler krom, absorher belakang dengan  koil emas dan grip, termasuk lencana yang berbeza berbanding jenis standard.

“Kami perkenalkan varian ini untuk menyerlahkan penampilan retro W175 sebelumnya. Seluruh komponen boleh didapati dan dipasangkan pada varian standard,” kata Ketua Jualan dan Promosi KMI, Michael C Tanadhi pada majlis pelancaran di Jakarta.

TIGA WARNA PILIHAN

kawasaki-w-175-cafe-indonesia-20
kawasaki-w-175-cafe-indonesia-21
kawasaki-w-175-cafe-indonesia-12

W175 Cafe hadir dengan tiga warna pilihan: Metallic Flat Graystone, Candy Fire Red, dan Pearl Brilliant Yellow. Harga rami ialah Rp32.6 juta atas jalan (OTR).

W175 Standard dijual pada harga Rp29.8 juta (RM8,668), manakala SE, Rp 31.1 juta (RM9,046). Ini bermakna ada kenaikan harga untuk W175 Cafe, iaitu Rp2.8 juta (RM814) untuk varian Standard, cuma berbeza Rp1.5 juta (RM436) daripada SE.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal Cafe Racer?

W175 Cafe masih menggunakan enjin silinder tunggal SOHC bersesaran 177cc penyejukan udara. Atas kertas, jentera ini mampu menghasilkan kuasa 12.8hp dan tork 13.2Nm.

GALERI

Related

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, Kawasaki, Kawasaki Motor Indonesia, Kawasaki W175, retro, roda2, sportbike retro

Comments

  1. Zul says

    January 26, 2019 at 2:04 AM

    Bilakah moto nie nak masuk malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev