• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!

#Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!

January 14, 2019 By Admin PanduLaju 14 Comments

49k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAH, kami tahu selepas foto ini dibocorkan, pasti ada hati yang teruk terguris dan tersentap 😝. Tetapi, kami tidaklah terkesan atau ambil peduli sangat kerana kami hanya menjalankan tugas untuk menyiarkan apa dimahukan pembaca semua.  Faktanya, tiada apa yang salah selagi kami masih mengikuti asas dan etika kewartawanan 😎.

BACA>>>#Spyshot: Kelibat Yamaha Y15ZR Facelift Dikesan, Brosur Vietnam Kuatkan Spekulasi!

Jika Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) berkecil hati, Hari Raya Aidilfitri marilah kita bermaafan. Ok, geng, ini imej yang baru saja kami terima dan pasti akan membuatkan anda gembira. Khabarnya, HLYM sudah menghantar Yamaha Y15ZR versi facelift, dikenali sebagai V2 (versi 2?), untuk menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA). Pada madgad depan motosikal itu tertera maklumat motosikal model Yamaha Exciter, nama lain Y15ZR untuk pasaran Vietnam.

Yamaha Y15ZR V2-17
Yamaha Y15ZR V2-15
Yamaha Y15ZR V2-14

Ini menandakan model kapcai paling panas di pasaran itu akan dilancarkan tahun ini. Yamaha Y15ZR V2 kini sedang menjalani ujian VTA dan hanya menunggu kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar - Honda Winner Mula Risau

Yamaha Y15ZR V2 terbaharu itu didatangkan dengan beberapa perubahan. Bahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok juga diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped. Perubahan paling ketara ialah panel meter yang kini didatangkan dengan LCD penuh seperti model Yamaha NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.

Yamaha Y15ZR V2-24
Yamaha Y15ZR V2-19
Yamaha Y15ZR V2-11

Menariknya, Yamaha Y15ZR V2 didatangkan dengan fungsi suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama yang menggunakan sistem tersebut. Malah, sama seperti motosikal kuasa tinggi, kapcai ini dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam.

BACA>>>Yamaha Y15ZR Bakal Perkenal Enjin Baharu? Kod 155cc Dikesan

Dengan segudang ciri baharu, pasti tanda harga Yamaha Y15ZR V2 akan meningkat. Nantikan kemunculan super moped ini tahun ni. Seperti biasa, kami mungkin tidak akan dijemput kerana HLYM masih lagi sentap dengan kontroversi foto R15 bocor tahun lalu. Ini bocor pula Yamaha Y15ZR V2. Memang naya... 😅😌

GALERI

Related

49k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, harga Yamaha Y15ZR V2, HLYM, Hong Leong Yamaha Motor, Kapcai, Kapcai Super, roda2, Spyshot, super moped, Yamaha, Yamaha Y15ZR, Yamaha Y15ZR Facelift, Yamaha Y15ZR V2, Yamaha Y15ZR V2 malaysia

Comments

  1. Bukhori Muslim says

    January 15, 2019 at 3:05 AM

    Siap rilis di Malaysia?

    Reply
    • AO says

      January 15, 2019 at 9:10 AM

      Belum rilis lagi

      Reply
  2. Sakuramaya says

    January 15, 2019 at 9:23 PM

    Igt ada perubahan enjin vva + gear 6th

    Reply
    • lolsomany says

      January 19, 2019 at 11:24 PM

      SOHC buat apa gear banyak2?

      Reply
  3. Yamaha Sentap says

    January 16, 2019 at 4:40 PM

    Sygnya teknologi VVA masih belum diaplikasi pada moded yang kelihatan moden dan panas dengan bermacam aksesori canggihnya.

    Reply
  4. Bli says

    January 18, 2019 at 5:02 PM

    Jahatnya...wkwwkwk

    Reply
  5. Sufi says

    January 20, 2019 at 8:43 PM

    Y15ZR V2 di malaysia sepatutnya dh bleh bt kelainan dr vietnam terutama enjin yamaha R15 V3 boleh di gunakn sbb ade VVA dan slipper clutch.. Dual channel ABS spatutnya ade utk safety..

    Reply
  6. Yakub says

    February 1, 2019 at 6:06 PM

    Admin..mt 15 ada harapan masuk market?

    Reply
  7. Wann says

    February 13, 2019 at 10:57 PM

    AGAK2 BILA LAH BOLEH ADA DI PASARAN DAH LAMA SAYA TUNGGU NI.. TAPI SYG X DAK VVA PULAK.

    Reply
  8. goozir says

    February 14, 2019 at 3:33 PM

    tak masuk pasar , sudah di tunggu nih..

    Reply
  9. Faizal says

    February 21, 2019 at 1:23 PM

    Bulan berapa masuk. Admin tolong risik sikit dgn yamaha

    Reply
  10. Hiro says

    March 19, 2019 at 12:49 PM

    Ini convert ni, tukar kepale je..

    Reply
  11. Ame says

    March 19, 2019 at 8:57 PM

    MT15 bila nak masuk malaysia???
    Ramai yang terliur tengok,tunggu!!!

    Reply
  12. Irawan says

    April 1, 2019 at 2:30 AM

    Hanya ingin berbagi kepada teman-teman pecinta motor di malaysia, Di Indonesia isyunya antara bulan Juny_Juli 2019 pada even Pekan Raya Jakarta, akan di keluarkan Yamaha Jupiter ( Exciter) versi engine seperti yang di pakai Yamaha R 15. type mesin SOHC Variable Valve Actuation (VVA) 155 cc. salam asphalt

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev