PEMINAT sukan permotoran gymkhana dan time attack pasti mengenali si empunya jentera. Bukan saja memiliki paras rupa tampan, malahan jentera digunakan tidak kurang hebatnya.
Mula aktif dalam dunia sukan permotoran sejak dari 2012, Mohamed Azman Md Nor sudah menyertai lebih daripada 50 perlumbaan berteman jentera sejatinya, Proton Satria.
Biarpun hanya menggunakan kenderaan nasional yakni Proton, prestasi dan kehebatannya jangan sesekali disangkal. Kejayaan demi kejayaan diperolehi sehingga mampu menewaskan pesaingnya yang jauh lebih power. Untuk itu, kami akan bongkar kehebatan jentera ini sehingga diberikan jolokan nama The Red Baron.
PRESTASI:
Sebaik membuka bonet hadapan jentera ini, ‘jantung’ asal kini bertukar kepada enjin 4G93 bersesaran 1.8L untuk mendapatkan hasil lebih baik.
Bagi memastikan ia adalah yang terbaik, enjin 4G93 menerima beberapa penambahbaikan. Walau bagaimana, bahagian blok masih dikekalkan.
Bahagian kepala silinder enjin telah menjalani rombakan besar menerusi proses ‘port & polish’. Aci sesondol turut diganti kepada durasi yang lebih tinggi dari jenama SquirtCams lengkap bersama Valve Spring yang lebih kukuh.
ANDA MUNGKIN BERMINAT: Proton Satria GTi - Otai Masih berbisa
Beralih ke kotak gear, ia masih mengekalkan yang asal dengan menempatkan unit LSD rekaan Powerzone dan dibantu set klac Exedy Race berukuran 7.5.
Kotak gear ini dilindungi dengan bahan pelincir gear dari Readline siri Shockproof. Selesai sudah proses naiktaraf enjin, tiba masanya untuk menala enjin ini bagi mendapatkan pemetaan yang terbaik untuk operasi keseluruhan enjin ini.
Khidmat kotak komputer asal dirombak semula cipnya dengan kadar revcut pada 8000rpm. Ecu ini turut disokong menerusi penggunaan Apexi E-Manage Blue Piggyback.
KESELAMATAN:
Kalau jentera sudah laju, aspek keselamatan turut tidak dilupakan. Set brek diambil daripada model Mitsubishi GSR Turbo untuk bahagian hadapan dan belakang lengkap beserta cakera.
Untuk kestabilan, ia menggunakan rim Evo Regamaster berukuran 15 inci dengan kelebaran 7jj offset 33 dibaluti tayar berprestasi tinggi GT Radial SX2. 195/50/15.
Apa yang lebih penting, biarpun jentera ini tidak memiliki turbo atau supercharge, kekuatan mesin dengan kuasa ekstrim bukanlah faktor yang mendorong kejayaan seseorang di litar lumba.
Tetapi ianya perlu hadir dalam satu pakej lengkap iaitu kuasa enjin, talaan kotak komputer, kekukuhan casis, fungsi sistem suspensi dan kemahiran pemandu.
Benarlah kata pepatah inggeris ‘Man and Machine become ONE!’
FOTO Shah Bahulu@Adam Photography
SPESIFIKASI
Proton Satria
ENJIN ASAL 4G13 MMC Fuel Injection
MODIFIKASI ENJIN 4G93 1800cc, Polished head, SquirtCams 288 camshaft, WORKS ACP, Jasma, valve springs, Cold Air Intake System, AROSPEED Thermal Coated EG6, Ram Air Pipe, Perdana SEi, throttle body, Walbro 255lph internal pump, AROSPEED fuel regulator, stock rail & injectors, BSI Ignition cables, Brisk Silver plugs, Forged Racing Evo3 aluminum radiator and Forged Racing Coolant, PowerZone 4-2-1 extractor, dengan Cool-It thermo wrapping, THK Performance modified collector dan custom resonator, Marco one piece center bullet dan 1.8” piping, dan Sebring s-flow muffler dengan twin DTM tip, Jasma lightened crank dan water pump pulleys, PowerZone Teflon engine mountings
TRANSMISI Stock 4G13 gearbox dengan Powerzone wedge lock LSD, Race-Tech Smooth Shift dan Solid Shifter WorX, Exedy race clutch & 7.5” lightened flywheel, REDLINE Shockproof Gear Oil
SUSPENSI & CASIS FTuned Racing Suspension Race Spec Suspension system, fully adjustable with pillowball, full set Whiteline PU Bushes.ULTRA RACING 4 point strut bar, 3 point rear strut bar, 19mm rear ARB, room bar, rear upper bar, fender bar, Race-Tech Chassis Alignment Kit
RODA Evo Regamaster 15” x 7jj ET33 & Enkei RPF01 15” x 8jj ET 25, 15mm custom front spacers dengan 60mm wheel studs & Tayar GT Radial SX2 195/50/15. Untuk litar lumba 165/50/15 belakang Autocross dan Gymkhana
DALAMAN SSCUS dan Bride Low Max full bucket seat dengan FIA Sparco 6 point harness, Mirage carpets, Sparco Gear Knob and Pedals, PowerZone custom handbrake lever, NRG steering wheel quick release, QD Custom Meter Panel, Nardi steering wheel, ALPINE ICE
LUARAN Motorsports Playground Eurolub Race Livery, C-West bumper, Mirage fibreglass bonnet, fibreglass rear hatch with glass window, SGTi wheel arches, rear bumper dan spoiler, projector headlights dengan DRL dan smoked rear lamps.
BENGKEL JDM Hardcore Performance, THK Performance, Ferlin Tuneup, Speedzone Motorsports
PEMILIK Mohamed Azman Md Nor
FACEBOOK Mohamed Azman
Leave a Reply