• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Renault Captur Turun

Harga Renault Captur Turun

March 2, 2016 By Abang GYL 1 Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Renault Captur Now Available at Attractive New Price of RM117,200_LO-RES

TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan penurunan harga sebanyak RM5,800 bagi model Renault Captur.

Renault Captur yang dahulunya dijual pada harga RM123,000 diturunkan kepada RM117,200 (atas jalan termasuk GST dan tidak bagi insurans).

Pengumuman penurunan harga itu adalah sebahagian daripada promosi istimewa yang dijalankan TCEC bagi merancakkan lagi permintaan ke atas model crossover itu.

Renault Captur Turun Harga

Memilik rekabentuk yang bergaya dan praktikal, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Sepanyol itu  dikuasakan unit enjin TCe 120 dengan pengecas tubo.

Hasil padanan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 120hp pada 4,900rpm dan tork puncak 190Nm (2,000rpm).

Lebih menarik, Renault Captur adalah satu-satunya crossover di pasaran Malaysia yang menawarkan warna luaran dua tona. Ia bukan sahaja bergaya, malah menawarkan penampilan segar dan tampak unik.

Renault Captur Turun Harga

Berikut adalah kombinasi warna yang ditawarkan;

  • (Oren) Arizona Orange (badan) / (hitam) Diamond Black (bumbung)
  • (Biru) Pacific Blue (badan) / putih (Ivory (bumbung)
  • Beige / (hitam) Diamond Black (bumbung)
  • (Putih) Ivory (badan) / (hitam) Diamond Black (bumbung)

Renault Captur turut didatangkaan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.  Apa tunggu lagi, tempah segera di bilik pameran Renault berdekatan anda.

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover, Harga Murah, Honda turun harga, Renault Captur, TC Euro Cars, TCEC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev