• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda BeAT (2019) Tampil Konsep Urban Jalanan yang Lebih Segar dan Muda

Honda BeAT (2019) Tampil Konsep Urban Jalanan yang Lebih Segar dan Muda

January 12, 2019 By Aryon 2 Comments

743
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN memperkenalkan Wave Alpha versi dipertingkat (facelift), Boon Siew Honda (BSH) turut memperkenalkan model BeAt (2019) versi facelift, khas untuk peminat skuter di Malaysia.

BeAT generasi ketiga ini menampilkan strip grafik baharu berkonsepkan 'urban jalanan' atau 'urban street' yang sinonim dengan semangat orang muda masa kini. Grafik perkataan 'STREET' kelihatan terpampang besar sepanjang badan motosikal. Madgad atau paruh depan kali ini diberikan tiga opsyen warna: hitam, putih dan kelabu.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan

Ada empat opsyen warna badan ditawarkan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian cita rasa: Vivacity Red (merah), Space Magenta Magellanic (merah-ungu), Pearl Nightfall Blue (biru), dan Pearl Magellanic Black (hitam).

Space Magenta Magellanic
Vivacity Red
Pearl Magellanic Black
Pearl Nightfall Blue

BeAT dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 8.7hp @ 7500rpm, dan tork 9.21Nm@ 6,000rpm yang dipacu transmisi automasik V-Belt. Tangki bahan api menawarkan kapasiti 4 liter, manakala berat kerb ialah 94kg.

BeAT (2019) turut dilengkapkan suis tongkat sisi sebagai ciri keselamatan yang secara automatik mematikan enjin apabila tongkat diturunkan. Ciri keselamatan lain ialah Sistem Brek Kombi (CBS) untuk mengelak motosikal tergelincir ketika membrek dan Sistem Kunci Pintar (SLS) untuk mengelak roda bergolek ketika berhenti atas jalan cerun.

Kali terakhir BeAT menampilkan pembaharuan ialah pada November 2017, juga dengan grafik baharu.

BACA >>> Honda BeAT Baharu Kini dengan Warna dan Corak Baharu - Harga RM5,724

Di pasaran, harga BeAT (2019) ialah RM5,365, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian diberikan waranti dua tahun  atau 20,000km (mana satu tiba dahulu).

Related

743
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda BeAT (2019), Honda Malaysia, Moped, roda2, skuter

Comments

  1. Roy says

    September 17, 2019 at 3:10 AM

    Ugly. The previous 2017 model has better design.

    Reply
    • JJ says

      December 14, 2019 at 11:46 PM

      Yes. Its truly ugly especially the front mudguard colour.. i hope or expect the latest one improved its power and torque, increase mileage, increase the top speed, rear disc brake, adding ABS feature, digital console and widening its seat for comfortable long distance journey but what they offer just a colour..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev