• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan LEAF e+ Kini Mampu Pergi Lebih Jauh, Hingga 458km!

Nissan LEAF e+ Kini Mampu Pergi Lebih Jauh, Hingga 458km!

January 9, 2019 By Abang Hirata 1 Comment

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda jarak perjalanan kenderaan elektrik (EV) buatan China boleh tahan juga jauhnya. Misalnya, Geely GSE yang dilancarkan pada Jun 2018 boleh dipandu sejauh 353km. Jika dipandu dalam kelajuan malar sekitar 60kmj, jarak perjalanan boleh bertambah hingga 460km.

Ini satu angka hebat dalam dunia EV pasaran massa hari ini dan juga satu cabaran untuk pengeluar lain, khususnya Nissan yang mempelopori EV untuk pasaran umum.

BACA >>> Nissan Leaf (2018) Kembali! Mampu Redah Sejauh 378km, Tiada Lagi Rekaan Alien

Apa yang menarik tentang EV ialah kuasanya boleh ditambah kerana teknologinya bersifat terbuka. Inilah dilakukan Nissan apabila melancarkan LEAF e+ dengan ekstra kuasa dan jarak perjalanan. Akronim e+ merujuk kepada pertambahan tenaga daripada pek bateri dan output lebih tinggi daripada trenkuasa. Penambahan kuasa yang tinggi mampu membawa kereta hingga 40 peratus lebih jauh.

Maknanya, tawaran LEAF semakin menarik dan dapat memenuhi keperluan pengguna yang perlu memandu lebih jauh. Jika dihitung jarak dari Ampang (Selangor) ke Kota Bharu (Kelantan), panjang perjalanan ialah 437 km, manakala Ampang ke Johor Bahru pula 333 km. Jarak LEAF e+ pula 458km berdasarkan kiraan kitaran ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTC) Jepun.

Jadi LEAF boleh dipandu ke KB atau JB? Jawapannya, ya. Kedua-dua jarak itu boleh dituju, cuma jika ke Kota Bharu, cas tambahan diperlukan. Bolehlah berhenti makan dan solat di Gua Musang sementara menungga bateri dicas sebelum meneruskan perjalanan.

CIRI BAHARU NISSAN LEAF e+

  • Bateri kapasiti tinggi dan motor lebih berkuasa menjana 160kW (214hp) dan 340Nm.
  • Pecutan 80kmj ke 120 kmj ialah 13 peratus lebih pantas.
  • Walaupun memiliki 25 peratus ekstra kuasa dan kapasiti storan tenaga, tetapi saiz dan konfigurasi pek bateri masih sama.

Walaupun di China ada banyak model EV dikeluarkan, tetapi model yang memegang takhta segmen itu ialah LEAF. Sejak dipasarkan buat kali pertama pada 2010, model berkenaan sudah terjual lebih 380,000 unit! Jika LEAF generasi pertama hadir dengan rekabentuk lain daripada lain, LEAF generasi kedua, yang dilancarkan pada 2017, tampil dengan rupa seperti kereta biasa.

LEAF e+ akan mula dipasarkan di Jepun pada penghujung Januari ini, manakala Amerika Syarikat dan Eropah akan menyusul beberapa bulan kemudian.

AKAN KE MALAYSIA?

Di Asean, LEAF (tanpa e+) sudah mula ditawarkan di Thailand pada harga 1,990,000 baht (RM254,000). Bagaimanakah pula Malaysia? Nissan ada mempamerkan model itu sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 dan khabarnya akan dilancarkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM), tahun ini.

BACA >>> Nissan LEAF Lancar untuk Pasaran Thailand dengan Harga Keras Cecah Enam Angka!

Cuma belum pasti versi yang mana satu. LEAF tanpa e+ mempunyai jarak perjalanan 311km (ujian NEDC). Kereta begini memang ada pasaran di Malaysia, juga di negara Asean lain. Isu besar cuma satu, harga janganlah terlampau keras.

Bagi ketenangan minda dan menarik perhatian pembeli, bateri LEAF diberikan jaminan hingga lapan tahun atau 160,000 km (yang mana tiba dahulu). Menarik!

GALERI
Nissan LEAF e+.01
Nissan LEAF e+.02
Nissan LEAF e+.03
Nissan LEAF e+.04
Nissan LEAF e+.05
Nissan LEAF e+.06
Nissan LEAF e+.07
Nissan LEAF e+.08
Nissan LEAF e+.09
Nissan LEAF e+.10
Nissan LEAF e+.11

Related

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, EV, Geely GSE, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Nissan, Nissan LEAF, Nissan LEAF e+, Roda4

Comments

  1. abdul razak says

    February 17, 2019 at 11:51 PM

    why never make charging when driving,like dynamo.....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev