JIKA anda sedang mencari kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah import baharu dan terpakai atau recond, apa kata datang ke acara 'DTC Motors Fest' anjuran DTC Motors Sdn Bhd pada 12-13 Januari ini bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menikmati harga promosi hebat sempena majlis pembukaan rasmi syarikat pengedar kereta import (AP) itu.
Antara barisan MPV yang diberikan tawaran harga menarik sepanjang acara dua hari itu ialah Toyota Estima, Wish, Vellfire dan Alphard dengan pembelian serendah RM95,000! Lebih menarik, setiap pembelian layak mendapat servis percuma dan waranti setahun atau 25,000km (mana satu tiba dahulu).
BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!
Servis kenderaan juga ditawarkan dengan caj buruh dan alat ganti serendah RM188 dan paling istimewa, DTC Motors ada menawarkan perkhidmatan servis bergerak, 'Easy Care' yang setakat ini dibuka untuk pemilik di Lembah Klang.
Pada acara yang akan memperkenalkan logo dan pasukan baharu DTC Motors itu, pengunjung yang datang berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti Smart Tag dan Touch 'N Go, percutian dalam negeri, barangan elektrik, hamper dan lain-lain.
BUKAN 'ORANG BARU'
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DTC Motors, Md Afendy Wahid, 42, (gambar atas) berkata, pelanggan tidak perlu ragu-ragu dengan kualiti kenderaan di sini kerana syarikat ini bukan orang baharu dalam industri kenderaan import baharu dan terpakai di Malaysia.
"Saya berkecimpung dalam industri automatif sudah 12 tahun, manakala dalam bisnes kenderaan import terpakai pula sudah lima tahun apabila diberikan tanggungjawab menguruskan Moga Motors, iaitu syarikat yang tidak asing lagi dalam perniagaan ini.
"DTC pun bukan nama baharu, syarikat ini ditubuhkan sejak 1984 yang asalnya berlokasi di Taman Maluri sebelum berpindah ke Kampung Pandan. Saya dan rakan mengambil alih syarikat ini lebih kurang setahun lalu untuk meneruskan bisnes kenderaan import baharu dan terpakai," kata Afendy.
Menurutnya, antara rancangan DTC Motors tahun ini ialah membuka bilik pameran baharu di Kedah dan Kuantan.
"Kepakaran kami ialah dalam kenderaan kontinental atau Eropah, termasuk juga kereta lain yang dibawa masuk daripada pengedar terpilih sama ada dari Britain, Jepun atau Australia. Kami di sisi lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dan kami ada ramai pelanggan setia yang datang untuk membeli kereta buat kali kedua dan ketiga.
"Jangan lupa datang ke acara 12-13 Januari ini. Kami turut menjemput ramai selebriti terkenal yang juga pelanggan DTC Motors iaitu Zizan Razak, Saharul Ridhwan, Nora Danish, Boss Ned, Syamel AF, Ernie Zakri, Norman Hakim, Syed Aiman, Hanif, Johan dan Ray Era fm, Liza Abdullah, Hairul Azrin, Syuk Hot FM dan Kamal Adli. Boleh juga datang tengok model rare macam Rolls Royce Dawn," kata Afendy lagi.
'DTC Motors Fest' akan berlangsung di bilik pameran DTC Motor Sdn Bhd yang beralamat di Lot 240, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Leave a Reply