• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rakyat Malaysia Kemalangan di Krabi, Keluarga Mangsa Warga Thai Minta RM200k!

Rakyat Malaysia Kemalangan di Krabi, Keluarga Mangsa Warga Thai Minta RM200k!

January 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

617
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALANG menimpa pasangan suami isteri dari Malaysia apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan di Thailand yang menyebabkan mangsa warga Thailand maut dalam insiden tersebut. Tidak cukup di situ, keluarga mangsa menuntut pampasan ganti rugi berjumlah RM200,000!

Kemalangan tersebut berlaku pada 19 Disember lalu apabila motosikal ditunggang, Abd Wahab Yahaya, 56, dan dibonceng isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, bertembung seorang pejalan kaki di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand. Mengikut undang-undang negara itu, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan disalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.

BACA >>> 15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

Anak kepada pasangan itu, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, dipetik HMetro berkata, dia sekeluarga kini buntu tentang bagaimana mahu menyelesaikan pampasan tersebut kerana keadaan bapanya yang parah dan masih dirawat di Hospital Krabi.

Amirun Aziz berkata, bapanya kini masih dirawat dan baru selesai menjalani pembedahan di negara tersebut serta tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan dijangka dibicarakan 9 Januari ini. Bapanya juga tidak dibenarkan pulang kerana sebagai penunggang, dia perlu bertanggungjawab menghadiri perbicaraan dan menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa.

Amirun Aziz dan keluarga juga sedang berkira-kira mahu menjual rumah bapanya di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Pada masa sama dia meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ditanggung keluarganya dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

WARGA THAI BANTU IKAT JAMIN

Buat masa ini Abd Wahab diikat jamin seorang warga Thailand berhati mulia, Haji Ismail yang mencagarkan geran tanah sebagai jaminan suspek akan membayar ganti rugi dikenakan. Jika gagal, tanah miliknya itu berisiko dirampas Kerajaan.

“Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 1627-1301-6800. Segala jasa baik semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih,” katanya.


Sama-samalah kita bantu ringankan beban Abd Wahab dengan hulurkan bantuan tunai seperti diminta. Yang ada sikit, hulur cara sikit, yang ada banyak, hulur cara banyak. Hari ini hari dia, mungkin esok lusa hari kita. Transfer sekarang jugak!

SUMBER: HMetro

Related

617
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abd Wahab Yahaya, Amirun Aziz Abd Wahab, Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kemalangan Krabi, Malaysia, Rakyat Malaysia Kemalangan, roda2, Thailand, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev