TOYOTA khabarnya bersedia menggantikan van Hiace yang sudah berusia 14 tahun dengan model serba baharu tahun ini. Model Hiace dan Hiace Commuter generasi keenam itu dijangka mendapat rekabentuk baharu dengan enjin turbo untuk diesel dan petrol yang dipertingkat, dan opsyen transmisi automatik 6-kelajuan baharu bagi menggantikan trenkuasa lama.
Paling ketara, Hiace (2019) akan dibezakan dengan kehadiran muncung atau hidung pada bonet yang secara tidak langsung menambah ciri keselamatan van tersebut berbanding rekabentuk tradisional. Rekabentuk baharu kali ini nampaknya mengikut trend van semasa seperti Ford Transit, Hyundai iLoad dan Renault Trafic.
BACA >>> Toyota Hiace (2015) Lebih Banyak Ciri Keselamatan
Menggantikan rupa model sedia ada, rekabentuk depan Hiace (2019) akan meniru ProAce (seperti foto galeri bawah), iaitu versi rebadge Peugeot Expert dan Citroen Dispatch generasi ketiga yang dilancarkan untuk pasaran Eropah pada 2016.
Enjin baharu Hiace bakal memuatkan enjin diesel yang sama digunakan Hilux dan Fortuner, iaitu 4-silinder 2.8L turbodiesel (174hp, 420Nm) dan manakala versi petrol menggunakan enjin Hiace dan Hilux WorkMate sekarang, 4-silinder 2.7L petrol (163hp, 245Nm). Di pasaran lain, enjin turbodiesel 2.5L dan 3.0L turut ditawarkan bersama 2.2L petrol.
Juga ada desas-desus mengatakan Hiace (2019) akan didatangkan dalam opsyen varian pacuan roda belakang (RWD) dan semua roda (AWD), bergantung kepada pasaran.
Perubahan bentuk badan secara langsung menambah panjang Hiace (2019), dan media Jepun CarSensor menjangka panjang keseluruahn 4,790mm (lihat gambar atas, model bawah) untuk varian SWB. Jarak roda atau wheelbase bertambah lebih kurang 415mm kepada 2,985mm, manakala tinggi dikurangkan 15mm kepada 1,965mm.
Berdasarkan peraturan rekabentuk Jepun, Hiace (2o19) akan mengekalkan lebar sedia ada, 1,800mm. Panjang jarak roda juga boleh jadi sepanjang 5,265mm.
Dimensi ruang kargo dan kapasiti beban belum diumumkan, tetapi diramalkan mengalami pertambahan sederhana berikutan perubahan saiz badan. Akses ruang kabin juga akan jadi lebih mudah untuk keluar dan masuk, termasuk menawarkan lebih ruang keselesaan dan keselamatang untuk penumpang.
HIACE EDISI KHAS
Pada awal tahun lalu, Toyota melancarkan Hiace edisi khas sempena ulang tahun ke-50 model itu di Jepun dengan dilengkapkan ciri Toyota Safety Sense. Jadi memang ada potensi besar Hiace (2019) juga dilengkapkan dengan ciri sama, terdiri daripada Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan lain-lain.
Hiace sedia ada mendapat rating 4-bintang dalam ujian perlanggaran ANCAP di Australia pada 2011, tetapi tiada ujian dilakukan Asean NCAP. Jadi, ada kemungkinan van tersebut akan mendapat rating lebih tinggi.
BACA >>> 5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga
Apapun, setakat ini tidak dapat dipastikan adakah Hiace (2019) berada dalam senarai model baharu UMW Toyota tahun ini. Harga juga masih menjadi rahsia. Tetapi jika mengambila kira model sekarang, Hiace dijual pada harga bermula RM98,000, dalam varian van panel 2.5L Turbo Diesel.
SUMBER: Motoring
Rashid says
waiting for this model
Rashid says
when launching in malaysia ?
Safiyyah says
When will be launch in Malaysia?
Hafizah says
Ada ke model nie akan dibawah msuk.ke msia, tmkasih.
Jalil says
Apa pasal lambat masuk malaysia van hiace model terbaru.. Negara jiran dah lama guna dah.. Kata malaysia maju..
Jumah Jailani says
Bila hiace ni akan di pasarkan di malaysia, negara lain dah guna lama dah, takkan malaysia nak tunggu negara lain guna new model baru nak masuk model ni
Azmi says
Model yang dinanti nantikan.
Agus hanifianto says
Saya minat Toyota grandia GL automatik
Mohd Zulasmuee Bin Mustafa says
Toyota Malaysia UMW Tolong Buat Masuk Hiace Commuter Yg Saiz Besar & Lebar Sama Dengan Hiace Thailand . Indonesia & Singapore
Jangan Dok Buat Masuk Hiace Kecut Macam Model Sebelum Ni...
Rakyat Malaysia Pun Nak Selesa & Mampu Beli...
Van Cina Boleh Plak Masuk lebar...
#KamiPeminatVanHiaceMalaysia
#KamiNakHiaceCommuterWindowVanLebar
#Hiace2020