• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Aruz - SUV 7-Kerusi Bakal Buka Tempahan? Harga RM70k Hingga RM80k?

Perodua Aruz - SUV 7-Kerusi Bakal Buka Tempahan? Harga RM70k Hingga RM80k?

January 2, 2019 By Abang GYL 2 Comments

26.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAK gaya pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Perodua semakin hampir apabila brosur tempahan awal model itu kini sedang berlegar di media sosial. Menariknya, brosur itu siap memaparkan nama model SUV berkenaan - Perodua Aruz.

Perodua Aruz, yang bakal menggantikan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza, sebenarnya ialah model rebadge daripada Toyota Rush. Bagaimanapun, model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica itu bakal diberikan sentuhan kosmetik supaya sesuai dengan identiti pengeluar nasional kedua itu.

Berdasarkan brosur, SUV 7-kerusi itu hadir dengan konfigurasi tempat duduk fleksibel. Jika melihat contoh yang ada pada model Toyota Rush (gambar bawah), tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna. Apa yang istimewa, tempat duduk belakang boleh dilipat rata sepenuhnya.

BACA >>> Perodua Siar Video Acah Pertama SUV Baharu, Ada 6 Beg Udara dan Teknologi A.S.A 2.0

Ciri keselamatan Aruz akan dilengkapkan 6 beg udara yang boleh diandaikan 4 unit untuk penumpang depan (2 depan dan 2 sisi), dan 2 unit beg udara tirai yang memanjang untuk penumpang depan. Menariknya, SUV ini turut dibekalkan ciri bantuan pemandu, dinamakan Bantuan Keselamatan Termaju @ A.S.A versi 2.0, iaitu dengan pengesan pejalan kaki.

Aruz akan menggunakan enjin teknologi Dual VVT-i bersesaran 1.5L dengan sistem 'Eco Idle', yang melayakkan model ini mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Malah, menurut Perodua, tahap ekonomi bahan api SUV ini ialah terbaik dalam kelasnya, iaitu 15.6km/liter.

Persoalannya, berapakah harga bakal diletakkan Perodua untuk model SUV yang bakal hangat ini? Kami jangka harga pengenalan sekitar RM70,000 hingga RM80,000.

Setuju? Berminat?

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

* Foto ialah hasil ilustrasi pereka grafik The Ajerul, bukan imej rasmi Perodua.

perodua aruz
Harga SUV Perodua

Related

26.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin perodua aruz, harga perodua aruz, perodua aruz, perodua aruz suv, suv perodua aruz

Comments

  1. Ramlan bin Hassan says

    January 2, 2019 at 10:27 PM

    Nak order

    Reply
  2. Raziah zainal says

    February 6, 2019 at 7:52 AM

    Berminat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev