• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

#TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

January 3, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH bendalir atau minyak brek akan merosot dari segi kuantiti dan kualiti, atau dalam istilah teknikal, mengalami degradasi. Jawapannya, YA! Ini bermakna, penggunaan minyak brek yang sudah tidak elok untuk kereta akan menjejaskan prestasi membrek optimum, sekali gus mengundang risiko keselamatan.

Cara mengetahui sama ada minyak brek kereta perlu ditukar atau tidak ialah semudah melihat bendalir itu. Dalam ruang enjin, minyak brek diisi dalam bekas lutsinar dipanggil reservoir yang membolehkan kita melihat paras bendalir tersebut. Namun, itu masih tidak dapat memberitahu kita tentang kondisi sebenar minyak brek.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

reservoir-minyak-brek-1
isi-minyak-brek
reservoir-minyak-brek-2

BAGAIMANAKAH MINYAK BREK MENGALAMI DEGRADASI?

Asasnya, minyak brek dapat bertahan selama beberapa tahun, tetapi situasi mula berubah apabila tersimpan dalam reservoir. Perubahan suhu dan pemeluwapan boleh menyebabkan kelembapan berlaku dalam hos dan komponen lain dalam sistem brek.

Ini kerana minyak brek ialah bendalir jenis higroskopik yang boleh menyerap air. Apabila itu berlaku, titik didih bendalir mula rendah, dan boleh menjejaskan kemampuan henti kerana haba dalam sistem meningkat.

Jadi, semakin lama masa berlalu dan ditambah pula situasi memandu dalam tekanan berat seperti lalu lintas teruk henti-gerak, dan pemanduan off-road atau ekstrem, minyak brek boleh mencapai suhu melampau yang mampu melemahkan keupayaan henti pada sistem brek. Ketika itu kereta kita berisiko hilang kuasa membrek sepenuhnya. Jangan main-main!

JADI BERAPA LAMA MINYAK BREK MENGALAMI DEGRADASI?

Dalam sistem tertutup, penggunaan optimum minyak brek boleh berakhir selepas dua tahun. Namun seperti dimaklumkan, jangka hayat boleh berkurangan secara drastik bergantung kepada bagaimana kereta kita beroperasi.

Jika anda tinggal di kawasan lembap seperti berdekatan pantai atau jika anda seorang pelumba (profesional, amatur atau suka-suka), anda perlu menukar minyak brek lebih kerap dan tidak perlu menunggu tempoh rekomendasi dua tahun. Ataupun beli jenis minyak brek yang menawarkan titik didih yang sangat tinggi seperti DOT4 seperti digunakan pelumba.

BAGAIMANAKAH MENGETAHUI MINYAK BREK SUDAH TERUK, PERLU DITUKAR


Tanda paling jelas yang menunjukkan minyak brek kereta sudah menyerap terlalu banyak kelembapan ialah apabila pedal brek perlu diinjak lebih ke dalam berbanding biasa. Ia juga menunjukkan simptom lain sama ada minyak brek sudah berkurangan, pad brek haus atau ada udara dalam hos brek.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS

Disebabkan wujud pelbagai kemungkinan yang menunjukkan brek kereta bermasalah, lebih baik bawa kereta untuk diperiksa mekanik terlatih (dan jujur).

SUMBER: Carmudi

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bendalir Brek, brek, minyak brek, Roda4, sistem brek, tahukah anda, tip, Tukar Minyak Brek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev