• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan LEAF Lancar untuk Pasaran Thailand dengan Harga Keras Cecah Enam Angka!

Nissan LEAF Lancar untuk Pasaran Thailand dengan Harga Keras Cecah Enam Angka!

December 29, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


RANCANGAN Nissan mahu memasarkan LEAF di beberapa pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia sudah lama kedengaran. Kemuncaknya, Nissan mempamerkan model kenderaan elektrik (EV) itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang berlangsung pada hujung November lalu.

Pada minggu sama juga Nissan melancarkan LEAF di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand menjadikan ia negara pertama menerima model tersebut. Buat permulaan, pelanggan di Thailand sudah boleh membuat tempahan dan penghantaran akan bermula April 2019.

BACA >>> #KLIMS2018: Nissan Leaf Serba Baharu Singgah Malaysia

Di sana, pelanggan ditawarkan dengan waranti tiga tahun atau jarak perjalanan 100,000km, manakala sistem EV pula dilindungi waranti lima tahun atau jarak perjalanan 100,000km. Bateri LEAF pula diberikan waranti lapan tahun atau jarak perjalanan 160,000km. Bagi sokongan khidmat sebelum dan selepas jualan, ada 33 pengedar diiktiraf serata Thailand yang menawarkan maklumat produk dan jurutera mahir.

Bagaimanakah pula harganya? Marilah kita ber-hu hu hu.

HARGA ENAM ANGKA

LEAF dijual pada harga 1,990,000 baht (RM253,891). Tidak dapat dipastikan sama ada Kerajaan Thailand menawarkan insentif untuk kenderaan sebegini. Sebagai perbandingan, LEAF generasi pertama yang dijual di negara kita pada 2013 berharga RM168,000 termasuk unit pengecas rumah. Kerajaan ketika itu memberi pelepasan cukai dan duti eksais untuk kenderaan hijau.

LEAF generasi kedua pula lebih canggih dan mempunyai jarak perjalanan lebih jauh berbanding model terdahulu. Jarak cas penuh LEAF mengikut standard NEDC (Kitaran Pemanduan Eropah Baharu), iaitu lebih 311km dan 60 peratus lebih cekap berbanding LEAF generasi pertama.

Teknologi e-Powertrain baharu pula menawarkan output kuasa 110kW (147hp) dengan tork 320Nm dan daya pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat. Selain trenkuasa canggih, LEAF turut dilengkapi teknologi keselamatan Nissan Safety Shield, terdiri daripada teknologi Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Monitor Pandang Keliling Pintar (IAVM) dengan Pengesanan Objek Bergerak dan lain-lain.

Nissan dan Badan Berkuasa Elektrik Metropolitan Thailand menandatangani memorandum persefahaman (MoU) supaya pemilik LEAF memperoleh akses pengecasan di rumah, tempat kerja atau jalanan menggunakan sistem yuran bayaran elektrik.

Apa pendapat anda dengan harga ditawarkan? Terlalu tinggi? Adakah harga LEAF di negara kita setara angka tersebut? Mujurlah negara kita mempunyai polisi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang banyak mengurangkan harga kenderaan. Cuma isunya, berapakah diskaun yang akan diberikan Kerajaan untuk model ini?

BACA >>> Nissan Serena J Impul Kini Ditawarkan di Malaysia - Harga RM147,800

GALERI
Nissan LEAF. Kredit Nissan Thailand.01
Nissan LEAF. Kredit Nissan Thailand.02
Nissan LEAF. Kredit Nissan Thailand.03
Nissan LEAF. Kredit Nissan Thailand.04
Nissan LEAF. Kredit Nissan Thailand.05
Nissan LEAF. Kredit Nissan Thailand.06
nissan-leaf-euro-2018-1
nissan-leaf-euro-2018-2
nissan-leaf-2018-7
nissan-leaf-2018-4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Nissan, Nissan LEAF, Nissan LEAF (2018), Nissan Thailand, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev