• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kereta Permainan Video GTA V, 'Bravado Banshee' Dijual Lebih RM260k!

Kereta Permainan Video GTA V, 'Bravado Banshee' Dijual Lebih RM260k!

January 1, 2019 By Azhan O Leave a Comment

474
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda pernah bermain permainan video Grand Theft Auto V atau GTA V, anda mungkin perasan dengan kelibat beberapa kenderaan fiksyen yang dipandu sepanjang  permainan tersebut.

Memang nampak seperti kereta sebenar, tetapi sebenarnya ada banyak perbezaan dan ia terpaksa dilakukan supaya tidak disaman pengeluar. Ini mungkin menjawab persoalan tentang kenapa Toyota Trueno dieja sebagai Toreno dalam animasi dan manga Initial D sebelum Toyota memberikan kebenaran mengunakan nama sebenar. Ya, pengeluar boleh menyaman atas dasar hak cipta atau pelesenan. Lecehkan?

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Berbalik kepada GTA V, ramai peminat berharap dapat memiliki salah satu jentera dalam permainan video itu di dunia nyata. Dan kini anda berpeluang memilikinya. Bravado Banshee ialah satu-satunya kereta yang dikustomkan berasaskan GTA V, dan kini dijual di eBay.

BRAVADO BANSHEE GTA V

bravado-banshee-viper-gta-v-14
bravado-banshee-viper-gta-v-44
bravado-banshee-viper-gta-v-29

Berasaskan Dodge Viper SRT-10 (2006), kereta ini digayakan mengikut rupa sebenar Bravado Banshee, iaitu kereta sport 2-kerusi yang ditemui dalam GTA V.

Pembinaan Bravado Banshee mendapat keizinan Rockstar Games  sendiri sebagai salah satu usaha mempromosikan permainan video yang dilancarkan pada 2012 itu. Model itu dihasilkan bengkel modifikasi West Coast Customs, terdiri daripada panel badan yang dibikin sendiri sepenuhnya, sistem stereo dipertingkat dan penggayaan semula ruang dalaman.

Sekali pandang rupa luaran, memang sukar mengesan itu ialah sebuah Viper. Namun, jika ditelitikan, anda akan perasan beberapa ciri model sport Dodge itu seperti paip ekzos sisi, dan enjin yang bersemayam di bawah bonet, jenis aspirasi natural (NA) 8.0L V10 dengan hantaran kuasa masih menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

BACA >>> Kajian: Main Game Dapat Tingkatkan Skil Memandu?

Bravado Banshee ini sudah dimiliki pemilik asal dari North Carolina, Amerika Syarikat sejak 2015 selepas dia memenanggi cabutan bertuah anjuran Rockstar Games. Sepanjang tiga tahun lalu, kereta itu cuma dipandu lebih 13,000km dan kini mahu dijual pengedar, dipanggil Texas Hot Rides.

Bravado Banshee kini berada dalam senarai eBay dengan label harga Buy It Now Price, AS$62,991 (RM260,470), atau pembeli boleh buat seberang tawaran terbaik. Tetapi malangnya, selepas menyemak laman eBay, kereta itu sudahpun dijual kepada pemilik baharu.

GALERI

SUMBER: RoadAndTrack

Related

474
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bravado Banshee, Dodge Viper SRT-10 (2006), eBay, game, Grand Theft Auto V, GTA V, Kereta Sport, permainan video, Rockstar Games, video game, West Coast Customs

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev