• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Santa Fe (2019) Guna Teknologi Imbas Cap Jari untuk Buka Pintu, Hidup Enjin

Hyundai Santa Fe (2019) Guna Teknologi Imbas Cap Jari untuk Buka Pintu, Hidup Enjin

December 28, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

694
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMAKIN hari semakin canggih. Dulu, teknologi biometrik menggunakan imbasan cap jari digunakan meluas badan berkanun dan agensi swasta bagi merekodkan kehadiran pekerja. Imbasan cap jari juga digunakan sebagai ciri keselamatan jika seseorang pekerja mahu mengakses masuk bilik sensitif selain kad RFID.

Kemudian, teknologi ini digunakan dalam aplikasi telefon pintar sebagai alternatif kepada kata laluan keselamatan. Ia juga diaplikasikan pembangun aplikasi mobil untuk sektor perbankan apabila pengguna hanya perlu mengimbas cap jari untuk menggunakan perkhidmatan kewangan atas talian menerusi telefon pintar.

BACA >>> Pemilik Bentley Bentayga Guna Cap Jari untuk Simpan Barang

Kalau sudah alang-alang digunakan secara meluas, kenapa tidak digunakan pada kereta pula?

PENGELUAR PERTAMA TEKNOLOGI BIOMETRIK CAP JARI

hyundai-santa-fe-fingerprint-1
hyundai-santa-fe-fingerprint-3
hyundai-santa-fe-fingerprint-2

Ini yang dibuat Hyundai Motor Company pada suku pertama tahun depan, yang bakal menjadi firma Korea itu sebagai pengeluar automotif pertama dunia memperkenalkan teknologi imbasan cap jari untuk membuka kunci pintu dan menghidupkan kereta. Sebagai permulaan, Hyundai mahu menggunakan teknologi tersebut untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV), Santa Fe di beberapa pasaran dunia tertentu.

Jika mahu membuka kunci, pemandu hanya perlu meletakkan cap jari pada unit sensor yang terletak pada hendal pintu. Data imbasan kemudian akan dikenal pasti dan dihantar kepada kawalan imbasan cap jari dalam kenderaan. Bagi menghidupkan enjin kereta, cuma sentuh punat sensor yang dilengkapi pengimbas.

Lebih menarik, Hyundai mempelbagaikan kegunaan teknologi tersebut. Melalui data imbasan cap jari yang disimpan juga, pelbagai tetapan lain dapat dibuat automatik seperti kerusi, konektiviti kereta dan sudut posisi cermin sisi mengikut pemandu.

DAPAT KESAN CAP JARI PALSU

Kepada mereka yang masih ragu-ragu, Hyundai sebenarnya sudahpun memperhalusi teknologi berkenaan. Teknologi yang digunakan juga mampu mengesan kadar elektrik pada pelbagai lokasi hujung jari. Ini dapat mengelak berlaku pemalsuan atau cetakan cap jari palsu.

Nisbah kebarangkalian teknologi ini tersalah mengecam jap cari individu lain ialah 1:50,000, sekali gus menjadikan ia lebih cekap berbanding cara konvensional menggunakan kunci biasa atau kunci pintar. Malah, teknologi ini memiliki fungsi pembelajaran 'real time' yang dapat menambah baik kecekapan dari semasa ke semasa dalam mengecam cap jari sebenar.

BACA >>> Trak Pikap Pertama Hyundai Sudah Siap, Akan Muncul Secepat Mungkin!

Pada masa akan datang Hyundai mahu meluaskan lagi teknologi ini supaya dapat digunakan fungsi lain selain mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran mobiliti masa depan.

GALERI
Hyundai Fingerprint technology_press photo1
Hyundai fingerprint technology_press photo2
hyundai-santa-fe-fingerprint-1
hyundai-santa-fe-fingerprint-3
Hyundai fingerprint technology_press photo4
2019-Hyundai-Santa-Fe-104
2019-Hyundai-Santa-Fe-101
2019-Hyundai-Santa-Fe-99
2019-Hyundai-Santa-Fe-100
2019-Hyundai-Santa-Fe-102
2019-Hyundai-Santa-Fe-103
2019-Hyundai-Santa-Fe-97

Related

694
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autotainment, biometrik, Cap Jari, hyundai, Hyundai Motor Company, Hyundai Santa Fe, Imbasan Cap Jari, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev