• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Honda Jazz GD Blue Bee Abang Memang Rare!

#BikinKereta: Honda Jazz GD Blue Bee Abang Memang Rare!

December 26, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT jentera kompak ada banyak kelebihan untuk melampiaskan nafsu modifikasi mereka. Biasanya, kaki bikin akan pilih jenama popular seperti Daihatsu, Toyota atau Perodua kerana semua jenama itu sudah sedia ada platform asas yang sama.

Jangan pula dilupakan Honda yang popular dengan Jazz (atau Fit). Bermula GD hinggalah GK, pengikut model subkompak itu memang cukup ramai. Pasti ada saja idea baharu atau aksesori aftermarket di pasaran untuk dipadankan dengan kereta mereka.

BACA >>> #PanduUji: Honda Jazz Sport Hybrid Si Kompak Kecil Tapi Berbisa

Kali ini ruangan BikinKereta memaparkan satu model Jazz yang menjalani proses modifikasi ekstrem. Lihat saja penampilan, anda pasti dapat agak betapa jentera ini diubah suai dengan hebat.

AKSESORI MUGEN PADA ENJIN

Bahagian nadi L15 7-kelajuan automatik dengan pedal syif masih lagi dalam keadaan asal. Keaslian itu diserikan dengan pemasangan beberapa aksesori Mugen seperti penutup radiator, penutup minyak enjin, penutup bahan api, bar strut dan juga pelindung kepala silinder gentian karbon. 

BACA>>>Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Diraikan, Turut Dapat Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma!

Sistem suspensi pula dikukuhkan dengan spring Eibach yang menawarkan tahap kestabilan lebih baik dan keselesaan pemanduan harian. Ia kemudian dipadankan kaliper brek Spoon di depan bersama pad brek Endless untuk kuasa cengkaman lebih mantap pada rotor Project U.  Penampilan sporty diserlahkan dengan rim Mugen MF10 yang dibaluti tayar Yokohama AD08R.

IMEJ SPORTY BLUE BEE

Jazz biru ini diserlahkan dengan barangan Mugen Pro. Hampir keseluruhan badan jentera dikemaskan aksesori Mugen yang boleh dilihat pada pro bonet, belakang, spoiler, sirip yu, krom gril, skirt sisi, lampu kabus, bingkai plat gentian karbon, boltnut, visor pintu dan mufler.

Turut menarik perhatian, model hatchback ini diserikan lampu depan Titanium HID, lampu belakang CL, cermin sisi Aqua Clean, antena gentian karbon serta wiper PIAA. Ruang dalaman pula dihiasi pelbagai aksesori hebat dan berjenama.

BACA >>> #BikinKereta: Satria Drag yang Mampu Berdesup Sepantas Usain Bolt

Ruang dalaman jentera lengkap daripada model Type S. Beberapa aksesori yang digunakan ialah Meter FIT JPM, item perak dan krom Honda Access, stereng quick release Works Bell, Kit Boss Works Bell, karpet dadu blue (Honda Acc), pedal RX, kemasan pintu twiter, meter Mugen, stereng Mugen, gear kondom dan brek Mugen, cermin tengah Mugen dan sil pintu Mugen. 

Siapa sangka, hasil sedemikian dilakukan di bengkel bawah pokok yang dirahsiakan lokasinya.

SPESIFIKASI

HONDA JAZZ GD

MODIFIKASI ENJIN: Aksesori Mugen pada penutup radiator, penutup minyak, strut bar, pelindung silinder gentian karbon
TRANSMISI: automatik 7-kelajuan dengan pedal syif
SUSPENSI & CASIS: Spring Sport Eibach
SISTEM BREK: Kaliper Spoon, pad brek Endless, rotor project U
DALAMAN: Type S penuh, perehat tangan Type S, Meter FIT JDM, Honda Access perak+krom,  stereng quick release Works Bell, Boss Kit Works Bell, karpet dadu blue (honda acc), Pedal RX, kemasan pintu twiter, Mugen (meter bantuan, stereng, kondom gear, brek, sil)
LUARAN: Mugen pro penuh, lampu depan titanium HID, lampu belakang CL, pro bonet Mugen, spoiler Mugen, antena sharkfin Mugen, Mugen gril krom, skirt sisi Mugen, lampu kabus Mugen, frem plat karbon fiber Mugen, boltnut Mugen, visor pintu Mugen, mufler Mugen, cermin sisi Aqua Clean, antena CF, wiper PIAA
RODA & TAYAR: Mugen MF10L, Tayar Yokohama AD08R

Teks: Piston Bobos
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI

Related

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinkereta, hatchback, Honda, Honda Jazz, Honda Jazz GD, Modifikasi, Mugen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev