MANA lebih bagus, kereta transmisi manual atau automatik (auto)? Ketika ramai pembeli mula beralih kepada transmisi auto, pilihan kereta transmisi manual mula mengecil. Dianggarkan cuma ada 20 peratus (atau kurang?) kereta penumpang yang menawarkan transmisi manual di pasaran.
Honda misalnya tidak lagi menawarkan transmisi manual untuk kereta penumpang. Toyota masih ada dan terhad kepada model segmen B seperti Vios, itupun varian paling rendah. Kalau mahu lepas gian, terpaksalah beli trak pikap ataupun pandu kenderaan komersial seperti van dan lori, ataupun beli kereta lama. Mujurlah pilihan masih banyak untuk kereta nasional. Jadi, tidaklah skil dan seni memandu manual pupus begitu saja.
Persoalannya, mana lebih bagus? Patutkah kita-pemandu manual-menyertai majoriti pemandu auto. Jangan risau, abang akan bantu hangpa buat keputusan!
AUTO TAWARKAN TEKNOLOGI TERKINI
Transmisi auto sudah tentu mudah dipandu. Mengatakan kereta auto kuat makan minyak juga sudah tidak relevan, kerana teknologi penjimatan bahan api sudah melayakkan kereta transmisi auto duduk sebaris dengan kereta manual. Malah, kereta auto hari ini datang dengan nisbah gear hingga 9-kelajuan berbanding manual cuma 6-kelajuan. Teknologi transmisi juga berkembang maju seperti kotak gear dual-klac (DCT) dan transmisi variabel berterusan (CVT).
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak
Kereta sport auto lebih pantas dan mudah dipandu berbanding manual. Sebutkan treler tunda terbesar atau jentera off-road paling lasak, semua jentera itu jelas superior dalam transmisi auto.
Bagaimana pula kos senggara? Auto mahal sedikit. Misalnya minyak gear auto perlu lebih kerap ditukar berbanding manual, tetapi itu masih bukan isu besar kerana tidaklah menelan kos yang terlampau mahal.
Sebaliknya, purata nilai jual semula kereta auto di pasaran kenderaan terpakai juga lebih tinggi berbanding manual. Tak percaya? Bukalah Mudah.my. Dari segi ruang dalaman, kereta auto nampak lebih segak dengan tombol gear yang kompak, bersegi, elegan dan kemas berbanding tombol gear manual yang 'aneh'.
BACA >>> Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?
Apa lagi? Transmisi auto hari ini juga semakin pintar dengan bantuan input daripada pelbagai sensor yang mampu mengoptimumkan penukaran transmisi. Kereta auto hari ini mampu memahami gaya pemanduan anda seperti merendahkan gear ketika memandu keluar simpang.
Kelemahannya, anda tidak boleh 'jump' kereta auto, tetapi masih lagi bukan isu besar kerana ada sesetengah kereta dipasangkan sistem pengurusan bateri (BMS) atau boleh saja beli aksesori aftermarket. Kalau ada tanda-tanda bateri hendak kong, terus saja tukar. Senang.
Kereta auto mungkin lebih mahal berbanding manual, tetapi masih lagi dalam skala mampu milik. Tidaklah sampai lima angka bezanya. Apalah sangat jika mahu dibanding dengan nilai jual semula, keselesaaan, dan teknologi yang ditawarkan.
Dalam beberapa reviu pandu uji Subaru WRX baharu, ramai penulis automotif mendakwa model WRX itu beraksi lebih baik dengan transmisi baharu, CVT Lineartronic. Sehingga ada berpendapat, lupakan saja manual. Cuma bayar lebih sedikit dan dapatkan WRX terbaik (baca: WRX CVT).
Aduh, takkanlah tidak ada satu pun yang kereta manual boleh menang?
PEMANDU MANUAL SUKAKAN CABARAN
Memang betul teknologi transmisi auto sudah jauh meninggalkan manual. Namun, pemahaman 'lebih baik' itu sebenarnya subjektif jika hanya bertumpu kepada hal teknologi, mudah pandu, dan sebutkan apa saja kelebihan transmisi auto.
Manual adalah tentang keseronokan!
Bayangkan kita sedang memandu WRX CVT di laluan panjang dan kini menghampiri satu selekoh tajam. Menerusi transmisi auto, kita cuma perlu berikan fokus kepada titik brek, membrek, lepaskan brek ketika membelok dan pecut! Adrenalin cuma mencanak ketika 1-2 langkah pertama. Itu saja.
Jika pandu transmisi manual, kita juga akan rasa apa yang dirasai pemandu auto, tetapi dengan tambahan cabaran, iaitu skil menukar gear. Kita bukan saja perlu mengambil kira titik brek, tetapi kemahiran teknik menukar gear dan gerakan kaki mesti tepat yang bukan saja ketika masuk simpang, tetapi juga ketika keluar. Kita perlu buat pertimbangan sendiri sama ada perlu menggunakan gear rendah atau tinggi kerana sedikit kesilapan dilakukan, kita sebenarnya sedang menempah katil di hospital.
Walaupun kereta auto ada menawarkan ciri pedal syif (paddle shift) semudah menggerakkan hujung jari yang mampu memberikan fiil manual, tetapi tetap tidak dapat mengatasi skil yang diperlukan untuk mengawal gear manual. Jadi sudah tentu keseronokannya tidak setanding menggunakan transmisi manual.
BACA >>> Mahu Memandu Malam? Lakukan 10 Perkara Wajib Ini
LEBIH CABARAN, LEBIH SERONOK
Masing-masing boleh berdebat dan berhujah tentang transmisi mana lebih bagus. Pasti ada saja pemandu auto yang membantah dan berkata, "Siapa kata memandu auto tidak seronok?"
Tetapi bukan itu maksudnya. Cuma, apabila ada lebih cabaran, sudah tentu lebih seronok. Sama macam naik roller coaster atau terjun akrobatik dari pesawat. Masing-masing dapat rasa pengalaman menempuh daya graviti yang sama. Ramai orang suka roller coaster kerana mengujakan dan selamat. Tetapi manakan sama dengan pengalaman terjun akrobatik dari pesawat. Kita akan rasa terancam dan perlu mengawal diri sendiri. Apabila semuanya selamat, itulah pengalaman paling hebat!
Masalahnya sekarang, kita ini pemandu manual yang biasa-biasa saja. 😛
Kita bukan memandu secara ekstrem dan tidaklah berani sangat pun. Hehehehe... Janganlah rasa rendah diri sangat, kita sepatutnya berbangga kerana menguasai kemahiran yang tidak semua pemandu di Malaysia mampu dan sanggup buat. Sebabnya, kita bukan jenis pemandu yang ambil mudah. Maklumlah, hidup bagi kita bukan sekadar bersenang lenang, tetapi perlu dinikmati (sila lap air mata).
Siapa lagi secekap kita yang boleh naik parkir bertingkat-tingkat dengan tenang. Kita juga masih mampu tersenyum sambil memijak klac dan menukar gear ketika jalan raya sesak teruk (baca: padan muka sendiri). Kita dengan bersahaja menurunkan gear ketika masuk laluan tol sebelum menaikkan semula gear untuk melepasi palang tol. Ya, kita buat tanpa sedar dan menganggap semua itu sebagai tidaklah susah sangat pun.
Kita sebenarnya sedang mempertahankan tradisi, teknologi dan nilai sentimental lama dunia automotif. Sila tabik hormat buat diri sendiri sebagai pemandu manual! (sambil mengalirkan air mata).
Rujim Guniba says
Semua yang dinyatakan diatas adalah benar.Pendapat saya aouto gear dan manual gear adalah sama pengunaannya hanya bergantung kepada kepakaran dan pengalaman kita sebagai pemandu.Perbezaan antara auto gear dan manual gear hanya jarak kos pembaikannya sekiranya rosak. Bagi saya kos minyak antara kedua tersebut hanya bezanya sedikit sahaja.Itu pun semua bergantung pengalaman dan kepakaran kita sebagai pemandu juga kerana kedua-dua ini sudah saya praktik sendiri dan memang bezanya tidak begitu jauh.
Aidil says
Artikel manual vs automatik yang ditulis dengan sangat baik. Ada perbezaan, ada nada humor dan penggunaan bahasanya, wow, saya jarang-jarang menemui artikel sebaik ini dalam mana-mana laman web.
Saya sukakannya.. tidak, saya sangat sukakannya! Semoga dapat menghasilkan sebaik ini (atau lebih baik lagi) di masa-masa akan datang.
SYAHRIZAL says
Dikupas secara adil dan seimbang...terbaik bro
Jojet says
Tak banyak beza auto dan manual..cuma mcm sy,sy utamakn "perfect shift" bila guna keta manual..ksronokkn mmecut dan buat smbungan gear..spin dan mcm2 lg..n sy lgsung xreti bawa keta auto..kalu bawa msti kaki kiri gtal nk pijak brek mcm sy bawa keta manual pijak clutch..n bila bwa auto sy xbrani nk laju sbb takot..bila mnual laju mna pun xda msalah..puas bos sy pujuk sruh bawa auto tpi sy xbrani..tmbah2 keta bos sy bkn murah2 camry,vellfire..lg tkot nk bwa..
BORNEO says
saya ada kereta FORD RANGER 2.2 XLT MANUAL dengan FORD RANGER 3.2 WILDTRACK AUTO
1 jer masalah auto...kekadanag bila speed 120-180 km/h cuba turunkan kelajuan secara mndadak...brek auto pandai masuk angin...bila masuk angin...bila waktu jammed , kita brek ter-enjut enjut kete tu...brek tak cengkap 100%...begitu juga situasi yang lain....tapi kalau MANUAL...tak pernah rasa mcm tu...biarpun speed 240km/h turunkan kelajuan dengan kadar segera kepada 60km/h tiada masalah....
Greens says
Mesti penulis dah rasa semua, manual atau auto, cuma sesetengah kita mungkin mula dgn manual dan sesetengahnya mula dgn auto, saya start manual, pastu auto, skrg nak cari manual balik, rindu la pulak
Lyana says
Saya ada 2 kereta manual. Wira 1.5 & sentra nismo sport 1.6. Masing2 ada kelebihan. Saya juga ada auto Saga FLX. Tapi, lebih seronok & confident guna manual. Untuk ke office yg lebih byk jalan susur tajam dan corner saya lebih suka pandu wira. Sebb keyakinan apabila memandu di selekoh tajam, berbukit dan menggelungsur. Sebb kereta itu rendah & pengawalannya lebih mantap bila selekoh tajam. Sentra saya suka guna utk perjalanan jauh. Kalau sesak x ada masalah guna manual pun sebb beza lenguh kaki kiri (manual) atau kanan (auto) sahaja. Saga saya lebih 'berkurung' di rumah. Rasa nak tolak je bila2. X susah pun pandu manual. Tambahan cam saya yg suka turun naik gear ketika memandu. Dan lebih seronok kalau wira 1.5m kita boleh pecut di bukit meninggalkan jauh kereta2 mewah Mercedes, Volkswagen, Camry, BMW, Mazda dll. Hahahaha..
Goku says
Kawalan penuh pada gear.. Xda keseronokan selain mampu menguasai kawalan seratus peratus pada gear ketika memandu.. Sebijak2 auto tetap takkan mampu mengikut apa yg kita fikirkan...
Naik gear terlalu awal atau turun dan naik gear kejap2.. Xda kawalan klac yg memfree kan gear yang menambahkan lagi keseronokan manual..
Paddle shift pun xmampu mengalahkan gear stick..
Ahmad shafiiie says
Sy tetap memandu manual walaupun dlm kwsn jem kl sbb lenguh sekejap2 je bila time stop lama tu kita release gear. Apatah lagi memandu jarak jauh, lg la prefer manual sbb beri kelebihan utk menukar gear dgn cepat utk memotong atau memintas kenderaan lain. Satu lagi, pada kelajuan tinggi, kereta manual lebih mudah dikawal semasa membrek kerana ada pertolongan dari kesan 'gear braking'.
Azlen Jamil says
Sy pemandu baru kereta manual. Seronok baca artikel ni .
Normah says
Dari mula memandu sampai sekarang masih menggunakan manual... Pemanduan secara auto pun saya cuba pun ok... Bagi saya manual atau auto pun kena belajar... klu boleh saya tidak mahu lupa guna manual sbb zaman sekarang sesetangah orang tidak pandai bawa manual.. Terpulang kepada diri masing-masing.. Zaman sudah berubah dan berteknologi baru..
M Jaafar says
Terima kasih penulis. Saya ada 4 kereta. 2 manual Unser dan Viva. 2 auto MB200E dan Bezza. Memandu manual membuatkan kita lebih cakna dan berhati hati dengan situasi. Lebih seronok dan gagah. Untuk memqndu laju dari K Trg ke KL ye, pakai auto. Untuk isi barang, jalan extreme selekoh dan berbukit serta licin Viva manual lebih cekap dari dari Bezza auto. Betul kata penulis, seni, kecekapan kaki dan tangan serta minda juga feel memandu manual datang dengan sendiri dan itulah yang mahalnya dan mungkin tidak dapat dirasakan oleh pemilik yang memilik kereta auto sahaja. Sedih juga zaman sekarang kereta manual yang dikeluarkan sangat rendah spesifikasinya.
Ambiyah says
Hidup mati memang manual je sebab manual inilah yang buat otak berjalan dan tak boring sebab tangan dan kaki bergerak sepanjang masa and korang akan dapat feel yang kereta korang ikut arahan korang dan apalagi jalan jauh memang kawkaw guna manual. Pemandu auto ni dorang tekan brek je kalau nak keluar masuk simpang nak corner nak turun bukit tapi kalau manual ni semua jari kaki kau bergerak untuk pastikan kereta tu ikut arahan kau. masuk simpang bukan kaleng kaleng kena pakai dua kaki satu kat klaj satu kat brek. Orang yang berpengalaman dan lama sudah pakai manual ni dia takyah tengok gear dah sebab otak dia memang dah set apa nak buat bila nak keluar masuk simpang ni simpang itu, tapi kalau pemandu auto yang tak pernah guna manual ni memang terenjut enjut ahh kereta tu dia buat sebab belum pandai laraskan klaj dan minyak. Orang cakap pakai manual ni penat tapi sebenarnya tak penat manapun, yang penat tu kat jalan raya jem je, tapi tu pun manual dia kasi free gear tarik handbrake samalah juga boleh relaks sekejap tunggu jem habis. hahahahaah jujur ku bilang memang manual is the best for all.