• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

December 26, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

337
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA memandu malam, ada tiga perkara yang memang mendatangkan masalah sama ada kepada kita sebagai pemandu dan juga pengguna jalan raya lain.

Pertama, pemandu lupa menyalakan lampu. Ini terjadi kerana lampu latar pada panel meter kereta moden hari ini menyala automatik dan secara psikologi membuatkan pemandu terfikir lampu utama sudah dihidupkan. Berbanding kereta lama, pemandu perlu menghidupkan lampu hadapan terlebih dahulu sebelum lampu latar panel meter menyala. Walaupun konsepnya ringkas, tetapi sebenarnya banyak membantu pemandu.

Kedua, suluhan lampu kereta terlampau tinggi atau pemandu menyalakan lampu suluh tinggi (high beam) ketika berselisih dengan kenderaan bertentangan. Ini biasa terjadi apabila pelarasan pemasangan lampu tidak diukur betul. Bukan saja terjadi kepada kereta yang baru ditukar lampu, malah kereta baru keluar kilang pun ada.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

Pemandu cenderung terlupa merendahkan lampu suluh tinggi ketika memandu jauh, atau melalui kawasan lengang tanpa lampu jalan hingga terlupa mahu menukar mod lampu apabila berselisih dengan kereta di laluan sebelah.

Ketiga, lampu kabus belakang. Ada sesetengah model kereta yang lampu kabus belakang sangat terang dan sangat berguna pada musim salji (tidak turun di Malaysia kecuali di i-City atau Taman Pertanian Shah Alam). Masalahnya, lampu kabus belakang ini dinyalakan pada malam dalam cuaca yang sangat baik.Memang sakit mata dan hati apabila memandu di belakang. Awas, lampu itu hanya boleh dinyalakan ketika cuaca buruk dengan jarak penglihatan terbatas saja.

BACA >>> Lampu Kabus Belakang - Bilakah Perlu Pasang? Kenapa Masih Ramai Pemandu *&$#@?

Walaupun tiga perkara di atas kerap dilihat sepanjang kita memandu, penting juga untuk kita memeriksa lampu kenderaan sendiri supaya berfungsi dalam keadaan baik. Walaupun dilengkapi teknologi canggih seperti lampu automatik dan lampu siang (DRL), itu tidak bermakna semua sudah diuruskan.

drl-tanpa-lampu belakang
toyota-vios-rear-fog-lamp
883525 - car with lights on the road in deep forest at the night.
lampu-suluh-tinggi-high-beam

1. PEMERIKSAAN BERKALA

Sentiasa buat pemeriksaan berkala pada lampu suluh rendah (low beam) dan tinggi (high beam), lampu signal, lampu kabus depan dan belakang, lampu brek ketiga dan lampu belakang.

2. KENALI SUIS, BIASAKAN CARA GUNA LAMPU

Biasakan posisi dan operasi suis lampu kabus, bukan saja untuk dipasang jika perlu, tetapi mesti tahu bilakah lampu perlu dipadamkan, terutama lampu kabus belakang.

3. KETAHUI PE'EL LAMPU KERETA

Biasakan juga dengan lampu automatik. Mesti tahu bilakah ia terpasang secara automatik kerana takut nanti lampu tidak menyala pada masa diperlukan.

4. GUNA LAMPU SEBAIK MUNGKIN

Gunakan lampu sebaik mungkin. Ini bukan saja diperlukan untuk menyuluh arah perjalanan, atau supaya kenderaan kita mudah dilihat pengguna jalan raya lain,  tetapi juga supaya tidak membahayakan mereka. Lagi teruk sekiranya lampu suluh tinggi digunakan untuk tujuan membuli pengguna jalan raya lain.

5. AWASI PEMANDU LAIN

Perhatikan pemandu lain yang tidak guna lampu pada masa sepatutnya, dan sentiasa berwaspada ketika memandu. Awasi juga jika lampu brek kenderaan lain rosak. Pastikan anda mengekori dengan jarak selamat.


Tip di atas bukan susah dilakukan. Semua boleh dibuat sendiri atau ajak saja rakan atau saudara untuk membantu anda memerhatikan kondisi lampu ketika buat pemeriksaan. Jika tidak sempat, singgah saja mana-mana bengkel, dan minta mekanik periksa semua lampu kenderaan anda.

BACA >>> 6 Tip Memandu Malam Supaya Kekal Selamat Sepanjang Perjalanan

Related

337
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment, Roda4 Tagged With: GEM, GEM Motoring Assist, Lampu, lampu depan, lampu kabus belakang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev