• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Perodua Siar Video Acah Pertama SUV Baharu, Ada 6 Beg Udara dan Teknologi A.S.A 2.0

Perodua Siar Video Acah Pertama SUV Baharu, Ada 6 Beg Udara dan Teknologi A.S.A 2.0

December 21, 2018 By Han Othman Leave a Comment

583
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA
menyiarkan video acah pertama tentang kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu yang bakal dikeluarkan pengeluar nasional itu. Walaupun cuma berdurasi 40 saat, klip video itu sempat mendedahkan beberapa ciri penting ditawarkan SUV 7-kerusi tersebut.

Antaranya ialah konfigurasi tempat duduk fleksibel dan jika melihat contoh yang ada pada model Toyota Rush (gambar bawah), tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna. Apa yang istimewa, tempat duduk belakang boleh diratakan sepenuhnya.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

Ciri keselamatan SUV baharu Perodua ini dilengkapkan dengan 6 beg udara yang boleh diandaikan 4 unit untuk penumpang depan (2 depan dan 2 sisi), dan 2 unit beg udara tirai yang memanjang untuk penumpang depan. Menariknya, SUV ini turut dilengkapkan dengan ciri bantuan pemandu, dinamakan Bantuan Keselamatan Termaju @ A.S.A versi 2.0, iaitu dengan pengesan pejalan kaki.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

Dengan enjin teknologi Dual VVT-i, SUV ini dilengkapkan dengan sistem 'Eco Idle', yang melayakkan model ini mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Malah, menurut Perodua, tahap ekonomi bahan api SUV ini ialah terbaik dalam kelasnya, iaitu 15.6km/liter.

Imej jelas dipaparkan kali ini ialah rupa lampu depan dan belakang. Amacam, berminat?

Related

583
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: EEV, Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perodua, Roda4, SUV, SUV Perodua, teaser, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev