• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ottimo VIZ110 - Kapcai Rakyat Kini di Pasaran Malaysia, Harga RM4,288 Sahaja

Ottimo VIZ110 - Kapcai Rakyat Kini di Pasaran Malaysia, Harga RM4,288 Sahaja

December 20, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

8.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN lalu kami ada melaporkan tentang kelibat motosikal baharu yang sedang menjalani ujian dan model tersebut digelar Ottimo. Dalam bahasa Itali, Ottimo bermaksud 'Menunggang'. Pesaing baharu roda dua pasaran tempatan itu memulakan langkah pertama dengan memperkenalkan model kapcai sesaran kecil, VIZ110.

ENJIN

Dibawakan Ottimo Technologies Sdn Bhd, VIZ110 dikuasakan enjin silinder tunggal 4-lejang 110cc SOHC berkuasa 6.7hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 6.9Nm @ 6,000rpm. Hantaran kuasa lancar ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi rotasi automatik 4-kelajuan.

BACA >>> #Spyshot: Video Kapcai OTTIMO Sedang Ditunggang Uji Dikesan di Pantai Merdeka

Mematuhi regulasi Euro3, VIZ110 didatangkan dengan penghidup elektrik dan tendang, manakala kapasiti tangki minyak 3.6 liter mampu memberikan perbatuan sejauh 180km untuk isian penuh.

HARGA

OTTIMO VIZ110-21
OTTIMO VIZ110-18
OTTIMO VIZ110-19

Sebagai permulaan, VIZ110, yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV), hanya akan dipasarkan di wilayah utara pada harga RM4,288 seunit bermula Januari nanti. Bagaimanapun harga berkenaan bagi 500 unit pertama VIZ110. Pelanggan boleh memilih dua pilihan warna:  merah dan biru.

CIRI-CIRI ISTIMEWA

Bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini, Ottimo VIZ110 didatangkan dengan lampu siang (DRL) dan penunjuk arah LED menerusi rekabentuk anggun dan moden. Soket USB juga disediakan pada hendal yang memudahkan penunggang mengecas telefon pintar pada bila-bila masa.

BACA >>> Kapcai TVS Neo X3i Masuk Malaysia Suku Pertama 2019, Anggaran Harga RM4k Sahaja

Ruang simpanan u-box bawah pelana mampu memuatkan barangan peribadi pengguna. Paparan meter kelajuan analog direka ringkas dan mudah dibaca. Aspek keselamatan VIZ110 dilengkapi kunci utama dengan penutup magnetik dan sistem anti-kunci.

DIMENSI


Di atas kertas, VIZ110 ialah pesaing kepada TVS Neo X3i, Yamaha Lagenda 115Z dan Modenas CT110. Model ini memiliki dimensi panjang 1920mm, lebar 845mm, tinggi 1,200mm dan jarak roda 1,260mm, manakala berat ialah 98kg itu. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan swingarm (belakang) manakala sistem brek daripada jenis cakera (depan) dan dram (belakang).

BACA >>> Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 2]

WARANTI

VIZ110 didatangkan dengan waranti 2 tahun atau perbatuan 20,000km.  Ottimo Technologies juga akan membuka 61 rangkaian jualan di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang bagi memantapkan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan jenama itu.

GALERI

Related

8.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kapcai, ottimo, Ottimo Technologies Sdn Bhd, Ottimo VIZ110, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev