• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Thailand Kemas Kini Almera, Cuma Ada Enjin 1.2L dengan Ciri Henti Lahu

Nissan Thailand Kemas Kini Almera, Cuma Ada Enjin 1.2L dengan Ciri Henti Lahu

December 20, 2018 By Han Othman Leave a Comment

823
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Thailand mengemas kini model Almera supaya lebih segar menjelang tahun baharu yang bakal tiba beberapa minggu lagi. Tambahan lagi lawan lain dalam segmen sama, seperti Toyota baru saja memperkenalkan model Vios serba baharu. Jadi pembaharuan dilakukan boleh dianggap sebagai satu kemestian.

Masih mengekalkan rekabentuk sama, tetapi bagi varia Sportech, Nissan memberikan beberapa kemas kini penting seperti bampar depan baharu dengan lampu siang horizontal di penjuru. Bahagian lain seperti rim aloi, skirt sisi, kit bampar belakang dan spoiler juga menjadi sebahagian daripada pakej Sportech. Ini termasuk mendapat skema car biru baharu.

Ruang kabin Almera baharu ini juga berbeza. Rekaan stereng kini dalam bentuk 3 jejari dengan bahagian bawah flat seperti kereta lumba lagaknya. Skrin sentuh tidak dibesarkan, manakala panel pintu mendapat kemasan dan pad baharu.

Selain Thailand, Nissan Filipina dan Malaysia turut memperbaharui model Almera masing-masing. Almera Filipina mengemas kini skrin sentuh, tetapi tiada pad pintu dan stereng flat. Almera Malaysia pula datang dalam edisi Black Series yang turut mengemas kini skrin sentuh dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto, dan ditambah kit badan baharu berserta rim aloi 15 inci.

BACA >>> Tan Chong Lancar Nissan Almera Black Series, Lebih Eksklusif dan Berpersonaliti

ENJIN 1.2L SAHAJA

enjin-1.2L-3-silinder-HR12DE-nissan-almera-thailand
transmisi-kotak-gear-cvt-nissan-almera-thailand
nissan-almera-thailand-idling-stop

Semua varian Almera spesifikasi Thailand mendapat enjin HR12DE 3 silinder sebaris 1.2L DOHC berkuasa 79hp @  6,000rpm dan tork 106Nm @ 4,400rpm, yang tiada untuk pasaran Malaysia (HR15DE, 4-silinder sebaris  1.5L DOHC, 102hp, 139Nm). Pilihan transmisi ialah manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan. Enjin ini turut diserta teknologi henti lahu (idling stop) yang akan menghentikan operasi enjin apabila kereta berhenti pegun tanpa mematikan sistem elektrik.

Nissan Thailand sengaja menawarkan Almera dengan enjin lebih kecil bagi membolehkan sedan ini dapat bersaing dalam kelas 'Eco Car' di negara itu. Mungkinkah Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan memperkenalkan enjin sama untuk pasaran Malaysia? Jika ya, apa ada perubahan harga menjadi lebih murah?

BACA >>> Nissan Umum Harga Baru Dengan SST - Turun Hingga RM5,800

Harga Almera Thailand untuk versi manual ialah 445,000 baht (RM56,843), manakala versi Sportech bermula pada 537,000 baht (RM68,595) hingga 637,000 baht (RM81,369). Sedikit lebih mahal berbanding Almera Black Series (dengan enjin 1.5L) di Malaysia yang dijual pada harga bermula RM69,800 hingga RM79,800.

Hah, siapa cakap kereta Siam murah sangat tu?! 😛

GALERI

SUMBER: Nissan Thailand

Related

823
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: HR12DE, Nissan, Nissan Almera Spesifikasi Thailand, Nissan Thailand, Roda4, sedan segmen-B, Segmen B, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev