• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indian Motorcycle Patenkan Nama 'Raven', Model Baharu Akan Muncul?

Indian Motorcycle Patenkan Nama 'Raven', Model Baharu Akan Muncul?

December 19, 2018 By Aryon Leave a Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI EROPAH apa saja spekulasi automotif boleh tercetus hanya dengan khabar berita tentang pendaftaran tanda dagang atau trademark. Sebelum ini kecoh Suzuki mempatenkan hak ke atas nama 'Hayabusa' untuk superbike yang tidak akan diteruskan pengeluaran, sekali gus memberi isyarat tentang bakal kemunculan model baharu dengan nama tersebut.

Terbaharu, pengeluar motosikal ikonik dari Amerika Syarikat (AS), Indian  Motorcycle dilaporkan mendaftarkan nama 'Indian Raven' (sejenis spesies gagak) yang belum digunakan pada mana-mana barisan model jenama itu. Ini bermakna Indian bakal memperkenalkan model baharu sepenuhnya. Tanda dagang itu didaftarkan di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO).

Beberapa pemerhati automotif di AS meramalkan model baharu yang bakal diperkenalkan itu ialah cruiser. Nama 'Raven' seakan menggambarkan karakter motosikal tersebut yang ganas dan serba hitam. Namun, Indian sudah pun menggunakan nama 'Dark Horse' untuk model versi serba hitam seperti Chief, Chieftain, dan Springfield.

BACA >>> Bukan Lagi Cruiser Amerika Tipikal, Indian Motorcycle Perkenal FTR 1200

Jadi, agak tidak logik Indian mahu menggantikan nama barisan tersebut dengan nama baharu. Jadi memang ada kemungkinan Indian memperkenalkan model baharu sepenuhnya. Mungkin ia akan mengisi kekosongan di bawah Scout, atau versi lebih kecil seperti Harley-Davidson Sporster 883.

INDIAN CHIEFTAIN DARK HORSE
HARLEY-DAVIDSON SPOERTSTER 883

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Indian Motorcycle, Indian Raven, paten, Raven, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev