• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Oliveira Redah KTM RC16 Masuk Terowong Gleinalm di Austria

#Videotomotif: Oliveira Redah KTM RC16 Masuk Terowong Gleinalm di Austria

December 19, 2018 By Aryon Leave a Comment

805
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU ada sesuatu yang mudah difahami tentang negara berhampiran Banjaran Alps ialah jaringan jalan raya yang tidak mampu dihalang gunung-ganang. Ini termasuk terowong paling menakjubkan dunia, yang juga antara terpanjang dunia untuk landasan kereta api di Switzerland di bawah Alps yang memanjang hingga 56km.

Terowong Gleinalm yang berlokasi di Styria, Austria cuma berjarak sederhana dengan panjang 8.4kmj. Bagaimanapun  yang membuatkan terowong ini istimewa ialah deruman jentera rasmi MotoGP, KTM RC16.

BACA >>> Nasib Zarco dalam MotoGP 2019 Akan Jadi Penanda Aras Kemampuan Jentera KTM

Terowong bolehlah diibaratkan seperti menyanyi dalam bilik mandi: yang bunyinya sering kedengaran sangat baik. Atas jalan raya terbuka, ia antara sebahagian hiburan buat  pengguna jalan raya biasa. Ada yang sengaja meligatkan enjin apabila di dalam terowong, ada pula yang menyanyi.

Jadi, mungkin inilah cara terbaik KTM meraikan jentera MotoGP, iaitu membawa mesin itu meredah laluan kosong sambil melayan deruman enjin RC16.

Dalam video terbaharu KTM tajaan RedBull, Naib Juara Moto2 2018 dan rookie MotoGP, Miguel Oliveira, dilihat menunggang jentera KTM Factory RC16 GP meredah lorong Terowong Gleinalm yang menghubungkan Graz ke Spielberg di Austria iaitu lokasi litar RedBull Ring.

BACA >>> Hafizh, Oliveira Uji KTM RC16 dengan Seragam Hitam-Putih di Sepanyol

2019 akan menjadi musim pertama Oliveira dalam MotoGP, bersama rakan sepasukan, yakni pelumba negara, Hafizh Syahrin untuk pasukan satelit RedBull KTM Tech 3.

Related

805
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Banjaran Alps, Miguel Oliveira, MotoGP, Red Bull KTM Tech3, Terowong, Terowong Gleinalm, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev