• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW X7 (2019) yang Sangat Amerika, Luas dan Besar Serba-Serbi

BMW X7 (2019) yang Sangat Amerika, Luas dan Besar Serba-Serbi

December 17, 2018 By Azhan O Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGALANYA mesti besar di Amerika dan ini termasuk crossover dari Jerman. Dengan tiga baris tempat duduk, ruang kargo seluas trak atas jalan dan berat kerb lebih dua setengah tan, BMW X7 (2019) bukan sekadar kenderaan terbesar BMW. Inilah cara menghasilkan model khas untuk keperluan pemandu Amerika yang mahu segalanya lebih.

Ralph Mahler, yang bertanggungjawab ke atas strategi dan perancangan produk BMW Amerika Syarikat (AS) berkata, X7 direka untuk pasaran AS yang dapati dilihat dari segi saiz, dan konfigurasi kerusi.

BACA >>> 7 Fakta Pantas - BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak

Seperti model pesaing, X7 boleh menampung hingga 7 penumpang dengan baris kedua menggunakan kerusi kapten sebagai ganti kerusi sebaris tradisional.

KEKAL DNA BMW

bmw-x7-usa-21
bmw-x7-usa-4
bmw-x7-usa-20

Apa yang membanggakan Mahler ialah selain saiz kereta dan ruang yang luas, X7 kekal dipandu sebagai sebuah model BMW.

"Sekarang saya boleh beritahu anda kerana anda tidak boleh memandunya... [tetapi], anda tidak akan rasa berat kereta ini. Ini ialah BMW sebenar sebagai kenderaan aktiviti sukan (SAV) mewah," katanya.

Dengan ruang cukup luas yang lebih daripada cukup, termasuk pelbagai ciri hebat ditawarkan, X7 sememangnya direka khas berasaskan cita rasa pembeli Amerika walaupun faktanya ia juga dijual untuk pasaran global. Namun, AS tetap menjadi pasaran terbesar X7 yang menurut Mahler, BMW mensasarkan jualan lebih 50 peratus hanya di negara Uncle Sam itu.

BACA >>> BMW Perkenal Enjin Boxer 1,800cc dalam Bentuk Motor Kustom Sentuhan Pakar Jepun

Malah, X7 juga dikeluarkan dari kilang BMW di Spartanburg, South Carolina yang turut mengeluarkan model SUV lain seperti X3, X4, X5 dan X6. Dengan kemampuan pengeluaran 1,400 unit sehari, memang ia fasiliti yang tepat untuk menghasilkan model terbesar BMW itu.

GALERI

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, BMW, BMW USA, BMW X7, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev