• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MX-King @ Y15ZR Indonesia Tutup Kalendar 2018 dengan Warna Baharu

Yamaha MX-King @ Y15ZR Indonesia Tutup Kalendar 2018 dengan Warna Baharu

December 17, 2018 By Aryon 2 Comments

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Indonesia melakukan kejutan akhir tahun apabila memperkenalkan warna baharu untuk model kapcai MX-King, yang dikenali sebagai Y15ZR di Malaysia. Penampilan baharu itu menurut Yamaha membuatkan model itu kini lebih bergaya sporty.

Ada tiga warna  pilihan baharu diperkenalkan: Metallic Blue (biru), Matte Red (merah) dan Metallic Orange (jingga), dengan rekabentuk masih mengekalkan gaya agresif menerusi lekuk badan tajam yang menjadi ciri khas kapcai tersebut. Model Metallic Blue diberikan pelana dwi tona biru-hitam dan rim biru, manakala Metallic Orange dipasangkan rim hitam dengan strip jingga sekeliling frem, dan rim sukan Matte Red berwarna hitam sepenuhnya.

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar - Honda Winner Mula Risau

Yamaha Indonesia turut melengkapkan pelbagai ciri baharu untuk MX-King seperti lampu depan LED dan spidometer digital penuh dengan rekaan futuristik. Super moped 150cc itu juga dilengkapkan dengan lampu bahaya (hazard) untuk kegunaan dalam situasi kecemasan.

Tayar tiubles juga kini dibesarkan berbanding model terdahulu, iaitu 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang) yang pasti memberikan lebih kestabilan dan gaya maskulin. Saiz tayar versi lama ialah 70/90-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang).

HARGA NAIK SEDIKIT

MX-King dijana enjin silinder tunggal 4-lejang 150cc SOHC penyejukan cecair suntikan bahan api (FI) dengan transmisi manual 5-kelajuan berkuasa 15.1hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm

Di pasaran Indonesia, MX-King dijual pada harga Rp22.9 juta (RM6,612) dan Rp23.2 juta (RM6,699) untuk varian Movistar Kedua-duanya mengalami kenaikan sebesar Rp950,000 (RM274).

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, Moped, roda2, super moped, Yamaha, Yamaha Indonesia, Yamaha MX King, Yamaha Y15ZR

Comments

  1. Johan says

    February 16, 2019 at 1:07 AM

    Warna metallic orange terbaik !!!

    Reply
  2. Anonymous says

    October 15, 2019 at 6:39 AM

    Motor tidak maju. Orang lain cc 150 sudah DOHC. Dia masih sohc . Lol

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev