• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin Honda Accord Hybrid Masuk Senarai 10 Enjin Terbaik Wards 2019

Enjin Honda Accord Hybrid Masuk Senarai 10 Enjin Terbaik Wards 2019

December 15, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

586
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA sebut pasal Honda, pasti terbayangkan enjin VTEC. Enjin dengan injap variabel itu sebenarnya sudah berusia lebih tiga dekad, tetapi masih kekal dikagumi sampai sekarang. Pelbagai evolusi berlaku hingga hari ini dikenali sebagai VTEC Turbo.

Honda menggunakan enjin VTEC dalam pelbagai kenderaan, daripada jentera dua roda seperti superbike, kereta urban hingga kenderaan utiliti sukan (SUV) besar, Passport yang baru saja dilancarkan. Teknologi VTEC turut digunakan untuk enjin bot.

BACA >>> Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road

Adakah itu saja kerja Honda?

VTEC MESRA ALAM?

Tidak, Honda sebenarnya sudah membangunkan enjin VTEC versi mesra alam pula. Buktinya, Honda memasarkan enjin VTEC dengan motor hibrid secara besar-besaran seawal 1999 melalui model Insight generasi pertama. Enjin SOHC VTEC  ialah jenis 3-silinder dengan sesaran 1.0L dan dipadankan sistem hibrid Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist - IMA).

BACA >>> Honda Dedah Imej Prototaip Insight (2018), Tampil Gabungan Rekaan Accord, Civic

Malaysia antara negara istimewa kerana tidak perlu menunggu lama. Honda pada 2007 memperkenalkan Civic Hybrid ke pasaran dan selepas itu ialah sejarah. Honda hari ini melambakkan banyak model hibrid untuk pengguna Malaysia daripada Insight, CR-Z, dan City termasuk dua generasi Jazz.

Ya, tidak semua negara diberi kelebihan ini dan kita harus menghargai dan berbangga. Tetapi, apakah kemuncak teknologi hibrid Honda?

ENJIN TERBAIK WARD 2018

Tahukah anda, trenkuasa Accord Hybrid (2019) dengan dua motor hibrid memasuki senarai 10 Enjin Terbaik Wards 2019, dan anugerah Enjin Terbaik Wards ini ialah penghargaan prestij untuk enjin-enjin terbaik dunia.

Enjin dengan motor hibrid itu dipilih dan dipuji atas kemampuan kecekapan bahan api terbaik selain memberikan prestasi responsif dan kelancaran operasi, termasuk harga menarik. Accord Hybrid (2019) dikuasakan trenkuasa Honda generasi ketiga dengan dua motor hibrid yang dipadankan bersama enjin 2.0L DOHC i-VTEC dan motor elektrik berkuasa 212hp dan tork 314Nm.

Menariknya, Accord Hybrid (2019) dipasarkan pada harga berpatutan yang lebih rendah daripada Civic Type-R. Varian paling asas ditawarkan pada harga AS$26,215 (RM109,769), manakala premium AS$35,885 (RM150,249).

BACA >>> Was-Was Mahu Beli Kereta Hibrid? Honda Malaysia Beri Waranti Bateri Hingga 8 Tahun!

Related

586
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anugerah 10 Enjin Terbaik Wards, Anugerah 10 Enjin Terbaik Wards 2019, Auto Terkini, Honda, Honda Accord, Honda Accord Hybrid, Honda Accord Hybrid (2019), Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my