• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah

TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah

January 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS membawa masuk model TVS Apache RTR 200 4V, pengedar rasmi jenama TVS di Malaysia, Daju Motors Sdn Bhd (Daju Motors) tidak berhenti setakat itu saja. Selain kapcai Neo X3i, khabarnya wakil pengedar itu bakal membawa masuk sportbike Apache RR 310.

Ini pasti khabar gembira buat peminat sportbike dua roda tempatan. Kehadiran jentera itu bakal menjadi alternatif kepada model BMW G310R. Kemungkinan harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding G310R (RM26,000). Siapa tahu.

BACA >>> BMW G 310 R 2016 Khas Untuk Penunggang Baharu

ENJIN

Dijana enjin 4-lejang silinder tunggang 312.2cc DOHC, Apache RR 310 mampu menghasilkan kuasa 34hp @ 9700 rpm dan tork maksimum 27.3Nm @ 7700 rpm. Kembar kepada BMW G310R itu didatangkan dengan transmisi perlumbaan 6-kelajuan dengan ciri Quick Launch manakala kelajuan maksimum mampu mencapai 160kmj.

CIRI PERLUMBAAN

Dibangunkan khusus untuk tunggangan lincah dan lasak, Apache RR 310 dipasangkan frem trellis lebih ringan yang menawarkan tunggangan lebih dinamik. Swingarm aluminium tuang turut menyumbang kepada tunggangan lebih stabil.

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Jadi BMW S1000RR

Suspensi KYB ditala dengan ciri perlumbaan, manakala suspensi monoshock dipasang dengan teknologi piston apung monotube berserta stopper hidraulik untuk kadar redaman lebih baik.

PENAMPILAN GARANG

TVS Apache RR 310-1
TVS Apache RR 310-5
TVS Apache RR 310-3

Penampilan agresif TVS Apache RR 310 diserlahkan menerusi bahagian belakang yang sedikit tinggi bersama lampu depan projektor berkembar Bi-LED. Semua maklumat berkaitan tunggangan dipaparkan menerusi skrin digital penuh termasuklah masa lap, indikator gear serta diagnostik perlumbaan.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Lancar di India - Inilah Kembar G310R Tanpa Lambang BMW

Pemasangan intake udara ram menyalurkan udara ke arah enjin bagi mengurangkan rasa panas. Ciri aerodinamik jentera ditambahbaik menerusi ujian terowong udara bagi meningkatkan kadar pekali seretan. Ventilator udara Gill menyalurkan udara panas keluar jauh dari enjin.

GALERI
TVS Apache RR 310-1
TVS Apache RR 310-2
TVS Apache RR 310-1
TVS Apache RR 310-6
TVS Apache RR 310-5
TVS Apache RR 310-2
TVS Apache RR 310-3
TVS Apache RR 310-4
TVS Apache RR 310-7

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW G310R, BMW-TVS, Daju Motors Sdn Bhd, roda2, sportbike, TVS, TVS Apache RR 310

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev