• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Naik Taraf Pusat Pameran CCB Georgetown Autohaus

Mercedes-Benz Naik Taraf Pusat Pameran CCB Georgetown Autohaus

February 23, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

5
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Mercedes-Benz CCB Georgetown

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) terus mengorak langkah agresif menerusi pelancaran pusat pameran Cycle & Carriage Bintang (CCB) Georgetown Autohaus yang dinaik taraf di Pulau Pinang.

Pengenalan CCB Georgetown adalah pusat pameran kedua selepas pelancaran CCB Petaling Jaya, minggu lalu dengan menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik.

Mercedes-Benz CCB Georgetown

Menelan kos pelaburan sebanyak RM4 juta, CCB Georgetown hadir dengan ciri MPS II dan mampu menempatkan sehingga tujuh unit kenderaan pada masa sama di ruangan pameran.

Untuk keselesaan pelanggan, bahagian menunggu ditambah baik dengan pelbagai kemudahan disediakan selain memiliki 14 ruangan penyenggaraan kenderaan.

Selain itu, CCB Georgetown turut mengadaptasikan konsep Identiti Korporat (CI), sama seperti pusat pameran di Petaling Jaya.

Mercedes-Benz CCB Georgetown     Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Georgetown_pandulajudotcomdotmy (3)

Mercedes-Benz CCB Georgetown     Mercedes-Benz CCB Georgetown

Ketua Pegawai Eksekutif CCB, Datuk Wong Kin Foo berkata, pihaknya akan memperkenalkan dua autohaus yang dinaik taraf, selain melancarkan pusat pameran ke-12 di Cheras, Selangor pada pertengahan tahun ini.

Majlis pelancaran Mercedes-Benz CCB Georgetown Autohaus disempurnakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner serta Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine.

Related

5
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CCB Autohaus, CCB Georgetown, Cycle & Carriage Bintang Berhad, Datuk Wong Kin Foo, MBM, Mercedes-Benz Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev