• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Akan Lantik Jururunding Audit untuk Analisis Cadangan Hapus Tol (Ye Ke?)

Kerajaan Akan Lantik Jururunding Audit untuk Analisis Cadangan Hapus Tol (Ye Ke?)

December 10, 2018 By Han Othman Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kerja Raya dilaporkan akan melantik jururunding audit bebas bertauliah awal Januari tahun depan bagi membantu kerajaan menganalisis data dan cadangan mengenai isu penghapusan kutipan tol, menurut laporan dipetik BHarian.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, analisis data dan cadangan itu termasuklah mengurangkan beban tol secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

BACA >>> Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif - Menteri Kerja Raya

“Jemaah menteri pada 31 Oktober lalu selepas menimbang hala tuju industri tol negara ini bersetuju melantik jururunding audit bebas bertauliah tersebut.

“Hasil kajian daripada analisis itu dijangka akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri pada Mei tahun depan,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan R Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong) mengenai bilakah Kerajaan akan menghentikan kutipan tol di jambatan Pulau Pinang pertama dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Baru berkata lagi, Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kadar tol lebuh raya dan memansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya termasuk PLUS dan di jambatan Pulau Pinang, tetapi hanya akan dilaksanakan selepas kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan stabil dan kukuh.

KOMEN KAMI

Jika ada peribahasa yang boleh dikaitkan dengan kenyataan menteri ini, bunyinya ialah 'bagai menanti buah yang tidakkan gugur' ataupun 'bagai menunggu kucing bertanduk'. Kenyataan 'hanya akan dilaksanakan selepas kedudukan kewangan negara stabil dan kukuh' itu hanyalah sekadar menyedapkan hati kita semua.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

Faktanya, caj tol itulah bayaran yang digunakan untuk kos penyenggaraan dan operasi. Jika tiada tol, bermakna Kerajaan bersedia memiliknegarakan PLUS dan menukarkan status lebuh raya bertol di bawah pengurusan swasta kepada lebuh raya persekutuan percuma di bawah kementerian atau jabatan Kerajaan dengan kos yang pasti menelan berbilion ringgit.

Isunya, bukankah Kerajaan sangat peduli dengan hutang negara? Bukankah sebelum ini Kerajaan pernah bisingkan tentang isu RapidKL yang rugi, sedangkan itu antara contoh paling mudah tentang kos yang perlu ditanggung Kerajaan apabila menguruskan kemudahan dan fasiliti awam. Apakah kualiti servis Kerajaan selepas mengambil alih PLUS kelak akan lebih baik ataupun menyamai kualiti kecekapan ditawarkan PLUS hari ini?

Jawapan ringkas kami, sudah-sudahlah kita semua mempolitikkan isu jalan raya bertol sama ada percuma atau tidak. Seeloknya, lipat gandakan usaha untuk menaik taraf jalan raya persekutuan seadilnya supaya rakyat ada alternatif selain dipaksa membayar tol.

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Baru Bian, Hapus Tol, Kementerian Kerja Raya, Lebuh Raya Tol, Menteri Kerja Raya, tol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev