• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Perkenal Enjin Boxer 1,800cc dalam Bentuk Motor Kustom Sentuhan Pakar Jepun

BMW Perkenal Enjin Boxer 1,800cc dalam Bentuk Motor Kustom Sentuhan Pakar Jepun

December 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad dalam diam mendedahkan platform motosikal baharu berasaskan enjin boxer sesaran 1,800cc. Menariknya, pengeluar motosikal Jerman itu melakukan teaser unik dengan menampilkan dua orang kuat bengkel kustom dari Jepun, Custom Works Zon,  iaitu Yuichi Yoshizawa dan Yoshikazu Ueda.

Kedua-duanya diberikan tugas untuk membina motosikal pameran menggunakan enjin boxer tersebut. Dengan gaya vintaj, ia nampak mudah untuk mengabaikan prototaip enjin itu sebagai produk masa lalu BMW. Enjin tersebut menggunakan rekabentuk push-rod, manakala sayap penyejukan menyalurkan mekanisme penyejukan minyak/udara.

BACA >>> Kami Yakin Anda Akan Tonton Lebih Daripada Sekali TVC BMW Motorrad S1000RR Awesome Ini

CRUISER BMW?

BMW ENJIN BOXER 1,800CC-10
BMW ENJIN BOXER 1,800CC-12
BMW ENJIN BOXER 1,800CC-11

Spesifikasi lengkap masih tidak didedahkan, tetapi BMW Motorrad menyatakan perincian lanjut tentang enjin dan kegunaan masa depan akan diumumkan kemudian. Tetapi kita sebenarnya dapat menjangka hala tuju BMW Motorrad.

Ini kerana sejak kebelakangan ini, kerap juga terdengar khabar angin mengenai jentera cruiser BMW yang dikatakan bakal pembunuh (Ducati) Diavel. Malah, segmen cruiser ialah ruang yang masih belum diisi dalam model moden BMW.

Pengumuman jentera sesaran 1,800cc tentunya disebabkan dua faktor: peraturan Euro5 yang bakal membunuh enjin penyejukan udara yang memerlukan enjin kapasiti besar untuk memenuhi efek kuasa dan tork. Kedua, mengukuhkan posisi BMW untuk menentang jenama superior lain seperti Harley Davidson dan Indian Motorcycles.

BACA >>> Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

Adakah BMW Motorrad akan memilih penampilan cruiser jenama Amerika? Ataupun mengikut jejak langkah jenama rakan Eropah lain seperti Ducati dan Triumph? Kenalah tunggu dan lihat.

GALERI

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW 1800cc, BMW Cruiser, BMW Motorrad, cruiser, Enjin boxer 1, motosikal kruiser, motosikla enjin boxer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev