• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Winner 150 Versi Premium Kini Berwajah Baharu dengan Rim Sport Emas

Honda Winner 150 Versi Premium Kini Berwajah Baharu dengan Rim Sport Emas

December 9, 2018 By Aryon Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam melancarkan generasi baharu Winner 150 versi Advanced yang menampilkan warna badan serba hitam (sama seperti versi lama), dengan tambahan kemasan emas pada rim sport. Jika versi premium terdahulu berharga 46 juta đồng (RM8,244), manakala harga model baharu ini ialah 46,490,000 đồng (RM8,332), meningkat  490,000 đồng (RM88) sahaja.

Harga Winner 150 standard (versi Sports) masih lagi 45,490,000 juta đồng (RM8,153).

BACA >>> Yamaha Y15ZR VS Honda Winner 150 - Mana 1 Pilihan Anda?

Ini ialah kali pertama Honda memberikan kemasan emas untuk Winner 150 yang dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik PGM-FI yang dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 15.9hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.

Di pasaran Vietnam, Winner 150 bersaing sengit dengan Yamaha Exciter 150 dalam segmen super kapcai 150cc. Jika Exciter 150 baru saja melancarkan generasi baharu pada Ogos lalu, sebaliknya Winner 150 masih kekal dengan rekabentuk lama sejak 2016.

honda-winner-advanced-vietnam-5
honda-winner-advanced-vietnam-8
honda-winner-advanced-vietnam-7
honda-winner-advanced-vietnam-10
honda-winner-advanced-vietnam-9
honda-winner-advanced-vietnam-6

Di Vietnam, ,model popular seperti SH, Air Blade atau Vision (semua model skuter) dijual lebih mahal di pasaran berbanding harga cadangan (sama seperti situasi kedai motor Malaysia). Tetapi, Winner 150 pula dijual lebih murah 5.5-6 juta đồng (RM985-RM1,075). Misalnya, model Advanced versi lama kini dijual pada harga 40-40.5 juta đồng (RM7,169-RM7,258) sahaja.

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar - Honda Winner Mula Risau

Sementara itu, harga (Yamaha) Exciter 150 pula bermula 50-51 juta đồng (RM8,961-RM9,140), lebih tinggi 1.3 juta đồng (RM233) berbanding harga cadangan, bergantung kepada versi. Kesimpulannya, di Vietnam pun harga motosikal Yamaha masih mahal kerana mendapat permintaan tinggi di kalangan pembeli.

Related

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda RS150R, Honda Vietnam, Honda Winner, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev