KISAH tentang jentera FP1 ini penuh dengan kesilapan dan nasib malang melucukan. Petronas asalnya merekabentuk prototaip motosikal 1 liter ini sebagai jentera MotoGP, tetapi tiba-tiba berubah fikiran mahu bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Jadi sesuatu perlu dilakukan dengan menjalinkan perkongsian bersama juara siri itu, Carl Fogarty yang kemudian membentuk pasukan Foggy-Petronas. Namun, disebabkan syarat homologasi ketika itu, kapasiti enjin prototaip terpaksa dikurangkan kepada 899cc, tetapi masih mampu meledakkan kuasa setinggi 127hp.
BACA >>> LS2 Perkenal Dua Helmet Replika Juara WorldSBK 4 Kali, Carl Fogarty
Malah, 150 unit FP1 sudah dibina untuk memenuhi syarat homologasi berkenaan, iaitu 75 unit di Malaysia dan 71 unit lagi di Britain yang kemudian akan dihantar ke Malaysia.
HOMOLOGASI BERUBAH
Malangnya, selepas FP1 baru saja mematuhi syarat homologasi 2003, WorldSBK mengubah pula syarat kapasiti enjin kepada 1,000cc, sekali gus meletakkan jentera itu dalam situasi tidak menguntungkan. Ironinya, enjin prototaip original 998cc memang sudah memenuhi kriteria ditetapkan dalam siri perlumbaan tersebut.
Luar trek pula, ada 60 unit jentera di Britain yang belum dihantar ke Malaysia seperti mana sepatutnya dilakukan. Ini disebabkan isu perundangan antara Petronas dan pengedar Malaysia, Momoto, termasuk Kerajaan Malaysia disebabkan cukai dan duti yang tidak berbayar.
BACA >>> Petronas Yamaha SIC Pilih Morbidelli dan Quartararo, Lengkapkan Barisan Pelumba MotoGP 2019
Sekarang ini, syarikat automotif Britain, Lanzante yang pakar dalam baik pulih kereta klasik, muncul merealisasikan kemunculan FP1.
Menurut Lanzante, semua jentera berfungsi sepenuhnya dan siap dengan semua alat ganti sandaran. Syarikat itu turut menjelaskan, model dipulihkan itu bukan 60 unit yang tidak jadi meninggalkan Britain. Dan ada pula komen mengatakan itu bukan FP1 yang dijual Momoto di Malaysia.
Jadi masih tidak jelas dari manakah jentera FP1 itu datang. Apa yang pasti ialah motosikal itu dijual juga akhirnya atas segala kesulitan dan pancaroba diharungi.
SUMBER: RideApart
Mart p j 3 says
Penantian suatu penyiksaan