• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasaran 15 Juta Unit Tarik Perhatian Yamaha untuk Perkenal Basikal Bermotor di India

Pasaran 15 Juta Unit Tarik Perhatian Yamaha untuk Perkenal Basikal Bermotor di India

December 7, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKARANG ini kita boleh lihat ramai penunggang basikal yang acah-acah kayuh. Dari jauh nampak basikal bergerak, tetapi kaki pula hanya letak atas pedal. Bukan turun bukit atau curam seperti basikal lajak, tetapi atas jalan rata. Apabila tengok lebih dekat, barulah perasan rupa-rupanya ada terpasang motor kecil.

Produk basikal dengan motor kecil memang mudah dimiliki dengan kebanjiran produk dari China. Teknologi basikal bermotor sebenarnya sudah lama dan biasa digunakan di Jepun seawal pasca Perang Dunia Kedua (WWII). Dari situ lahirlah kapcai dan seterusnya sejarah.

BACA >>> #TahukahAnda: Basikal Lebih Laju daripada Kereta di Tokyo!

PASARAN BESAR DI INDIA

Menyedari hakikat pasaran basikal bermotor begitu besar dan boleh dijadikan alternatif terbaik, Yamaha Motor Co Ltd memutuskan bekerjasama dengan pengeluar utama basikal India, Hero Cycles dan Mitsui & Co untuk melancarkan perniagaan basikal bermotor di negara Asia Selatan itu.

Mengikut perancangan, Yamaha Motor akan membekalkan Hero Cycles dengan unit pemanduan, E-Kits, iaitu bekalan kuasa elektrik yang dihasilkan untuk menggerakkan basikal, manakala Hero Cycles pula akan membangunkan dan mengeluarkan basikal elektrik menggunakan E-Kits Yamaha itu. Akhir sekali ialah ujian jualan yang basikal akan dibuat cawangan Hero Cycles bermula tahun depan di bandar terpilih seperti Delhi.

Pasaran basikal India cukup besar iaitu sekitar 15 juta unit setahun, termasuk kadar pendapatan 1.3 bilion penduduk India yang kian meningkat seiring perkembangan ekonomi. Dengan pasaran motosikal India sebanyak 20 juta unit setahun yang menjadikan negara itu sebagai pasaran dua roda terbesar dunia, Yamaha Motor menjangka pertumbuhan sama untuk basikal bermotor sebagai tidak mustahil.

Perniagaan Yamaha Motor dalam basikal bermotor sudah lama iaitu sejak pelancaran model PAS pada 1993. Produk utama yang dijual di luar negara ialah E-Kits untuk pengeluar basikal Eropah.

BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2019) - Sportbike Siri R Paling Bongsu Didedahkan

Pada Pameran Motor Tokyo 2017, Yamaha Motor turut mempamerkan basikal bermotor, iaitu YPJ-XC, YPJ-ER dan YPJ-EJ.

YAMAHA E-KITS

YAMAHA YPJ-XC:

Yamaha YPJ-ER

YAMAHA YPJ-EJ

Related

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, basikal, Basikal Bermotor, Basikal Motor, Hero Cycles, India, roda2, Yamaha, Yamaha E-kits, Yamaha Motor Co., Yamaha YPJ-EJ, Yamaha YPJ-ER, Yamaha YPJ-XC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev