• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha NVX (2019) Kini Berwarna Baharu - Harga Naik Sikit Saja, RM9,988

Yamaha NVX (2019) Kini Berwarna Baharu - Harga Naik Sikit Saja, RM9,988

December 7, 2018 By Admin PanduLaju 11 Comments

540
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGENALAN warna baharu bagi kebanyakan produk Yamaha di pasaran Malaysia bukan luar biasa. Memang sudah sinonim dengan strategik pemasaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kerana wakil pengedar itu tahu motosikal Yamaha sentiasa jadi pilihan utama pembeli negara ini.

BACA >>> Yamaha NVX GP Edition - Harga Naik RM600!

Terbaharu, skuter sport Yamaha NVX (2019) didatangkan dalam tiga skema warna baharu: Race Blu (biru), Fiery Red (merah) dan Active Yellow (kuning) yang bakal berada di pusat jualan pertengahan Disember ini. NVX berwarna baharu akan dijual pada harga RM9,988.

HARGA BERTAMBAH

Sebelum ini, harga NVX versi standard ialah RM9,906. Jadi, ada sedikit pertambahan harga. Namun, naik atau turun sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan signifikan kerana sebaik saja tiba di kedai motosikal, harga model itu kebiasaannya jadi lebih mahal mengikut lokasi jualan. Apatah lagi apabila berjenama Yamaha.

BACA >>> Yamaha NVX 155 Sah Dilancarkan 11 Julai 2017 - Harga Sekitar RM9,500?

Selain tawaran warna baharu, kemas kini lain ialah absorber dengan kanister damper untuk meningkatkan prestasi redaman, manakala suspensi depan menggunakan fork teleskopik. Tugas membrek pula diserahkan kepada brek cakera di depan dan brek dram (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) menjadi ciri standard.

GALERI

Related

540
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor, roda2, skuter, Warna Baharu Yamaha NVX, Yamaha, Yamaha NVX, Yamaha NVX (2019), Yamaha NVX 150

Comments

  1. Muhamad Faris says

    December 29, 2018 at 12:34 AM

    Macam mana saya nak dapatkan harga 9k plus tu ..adakah yamaha menjual nya dengan harga begitu .atau kedai mana ada jual harga seperti page ini katakan .ada jalan penyelesaian?. kedai harga terlampau berbeza mahal .. ada kah jalan penyelesaian ?

    Reply
    • AO says

      January 2, 2019 at 11:11 AM

      Setakat ini memang tak ada penyelesaian melainkan ada kabel untuk beli terus dari kilang. Harga disebut ialah harga Yamaha dan siap dengan bahagian keuntungan yang pengedar akan dapat. Cuma pengedar naikkan lagi untuk untung lebih.

      Benda ni susah nak kawal sebab sistem dah lama bergerak macam ni

      Reply
    • ERWAN SHAHRIZAL says

      May 30, 2019 at 2:50 PM

      itu harga sebiji moto tanpa insuran, roadtax dan lain2 dokumen...not on the road priced

      Reply
  2. Lim choi says

    December 29, 2018 at 10:13 PM

    Blh saya tahu knp kt kedai motor harga lebih mahal drpd yg di umumkan ? Knp tkde org reply kt komen sini ?

    Reply
    • ABG GYL says

      December 30, 2018 at 12:01 PM

      Harga memang sudah ditetapkan oleh pengeluar, tetapi tiada kawalan terhadap harga di kedai. Mungkin atas permintaan tinggi dan pengeluar sendiri tidak kawal harga di penjual, oleh itu harga mahal.

      Reply
    • ah pek moto says

      January 6, 2020 at 8:14 AM

      haisey lim...

      u talak tau ka.

      keidai amik, plus trnspot charges, duti eksais, plus insrnce.(sndiri cari) tp kedai sdah kawtim ma. masuk loan. mana ada dapat itu hrga 9k. kedai kedai win situation ma.

      Reply
  3. bhai says

    January 28, 2019 at 11:16 AM

    kerajaan ph tidur

    Reply
  4. Leemajor38 says

    March 10, 2019 at 12:40 PM

    Ye..mmg jauh beza.. Skg kbnykan kedai semua letak harga dlm 13k.. Berapa k untung shja... Gilaaa!!!

    Reply
  5. Mohd sobri says

    April 9, 2019 at 7:10 AM

    Berapa harga motor ni Di sekitar kawasan pasir gudang?

    Reply
  6. marzitah says

    April 16, 2019 at 11:21 AM

    13k?? mahalnyaa...

    Reply
  7. kimi says

    June 9, 2019 at 6:29 AM

    apa komponen yang paling utama perlu ditukar ganti utk bagi "pick up dan laju" nvx1 55?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev