SUSULAN pengumuman daripada Toyota Motor Corporation (TMC) berhubung kerosakan pada tali pinggang keledar belakang, UMW Toyota Motor memanggil semula 25 unit RAV4 yang dikilangkan dari Oktober 2005 hingga September 2008.
UMW Toyota Motor akan menghubungi kesemua pemilik kenderaan terlibat dan kos pembaikan akan ditanggung sepenuhnya.
Penukaran itu perlu dilakukan kerana dikhuatiri akan terputus sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Leave a Reply