• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kajian: Lampu Siang (DRL) Buat Pemandu Keliru, Tidak Pasang Lampu Belakang Ketika Gelap

Kajian: Lampu Siang (DRL) Buat Pemandu Keliru, Tidak Pasang Lampu Belakang Ketika Gelap

December 10, 2018 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAJIAN mendapati pemandu kereta moden dengan lampu siang (DRL) akan cenderung bergantung kepada ciri tersebut ketika memandu dalam cuaca buruk atau gelap hingga lupa menyalakan lampu belakang.

Ramai pemandu masih keliru dengan fungsi DRL dan apakah keperluan undang-undang yang menetapkan komponen itu dipasang.

Kajian RAC Opinion Panel di Britain membabitkan 2061 pemandu mendapati 62 peratus pemandu mendakwa melihat kenderaan lain dipandu dalam cuaca gelap atau buruk tanpa menyalakan lampu belakang, tetapi pada masa sama lampu depan menyala. Seramai 15 peratus mengakui tidak perasan, manakala 23 peratus menjawab tidak pasti.

BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Di Eropah ciri DRL menjadi syarat wajib untuk kereta baharu di pasaran sana, termasuk van kecil sejak 2011, tetapi sesetengah pengeluar memilih memberikan ciri sama untuk lampu belakang (tidak wajib).

Apabila responden ditanya sama ada kenderaan yang mereka pandu ada DRL atau tidak, 47 peratus berkata tidak, manakala 29 peratus pula mengatakan ada di depan saja. Lagi 14 peratus berkata DRL kereta mereka ada di depan dan belakang. Sebagai tambahan, 8 peratus responden lain mengakui mengetahui DRL kereta mereka ada di depan, tetapi tidak pasti untuk lampu belakang.

KEPUTUSAN MEMBIMBANGKAN

Jurucakap keselamatan jalan raya RAC, Pete Williamsberkata, potensi ditunjukkan sangat membimbangkan kerana melibatkan ramai pemandu memandu tanpa menyalakan lampu belakang disebabkan kereta mereka ada DRL yang menyala automatik di depan. Jadi mereka beranggapan lampu belakang juga akan menyala. Sedangkan ia tidak semestinya begitu.

Malah, berlaku juga salah tanggapan di kalangan sesetengah pemandu yang menganggap kondisi cahaya ketika mereka memandu tidak cukup buruk untuk menyalakan lampu.

Jadi apa yang perlu dilakukan menurut Williams ialah pemandu perlu memeriksa kereta mereka sama ada dilengkapi DRL atau tidak, dan jika DRL itu hanya menyala di depan, atau kedua-duanya (depan dan belakang).

BACA >>> Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika - IIHS

Berdasarkan kajian Kesatuan Eropah (EU) pada 2003, penggunaan DRL berjaya mengurangkan jumlah perlanggaran banyak pihak sebanyak 5 hingga 15 peratus apabila lampu tersebut dipasang. Bagaimanapun kajian Amerika Syarikat (AS) pada 2008 menunjukkan sebaliknya yang cuma menunjukkan keberkesaan 0.3 peratus sahaja.

SUMBER: AutoExpress

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: DRL, kajian, lampu siang, Lampu Siang (DRL), Pete Williams, RAC Opinion Panel, survey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev