• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

December 3, 2018 By Han Othman Leave a Comment

25.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI sudah tahu yang Geely baru saja melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Binyue pada awal November lalu untuk pasaran China. SUV itu dibina atas platform modular BMA, dibangunkan bersama subsidiari Volvo yang menawarkan lebih fleksibiliti dan mudah disesuaikan dengan pelbagai variasi enjin.

Apa yang menarik perhatian peminat permotoran di Malaysia ialah status Binyue sebagai model SUV subkompak yang duduk setangga di bawah Boyue (kompak). Boyue pula ialah model SUV pertama Proton, dinamakan X70 yang baru saja ditayangkan secara langsung kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, beberapa hari lalu.

BACA >>> Proton X70 Dapat Status EEV, Harga Jualan Dijangka Menarik

Ini bermakna, Binyue hampir pasti menjadi model yang akan dibawa masuk di bawah label Proton. Paling menarik, SUV tersebut pasti akan ditawarkan pada harga paling kompetitif kepada pembeli Malaysia. Malah, jika kita membuat tukaran langsung dengan mata wang Yuan China, harga Binyue dalam Ringgit Malaysia (RM) ialah RM47,000-RM65,000 (78,800 yuan-118,800 yuan) sahaja.

GAME CHANGER?

Bayangkan sebuah SUV dalam kelas sama seperti model popular masa kini, Honda HR-V, Toyota CH-R dan Mazda CX3 yang rata-rata berharga lebih RM80k, tetapi dijual separuh atau suku harga lebih murah berbanding lawannya itu.

Dengan posisi harga yang lebih mampu milik, Binyue juga khabarnya bakal menawarkan kos penyenggaraan yang lebih murah berbanding X70. Jadi pasaran pembeli jadi semakin luas dan ini ditambah pula pakej keselamatan dan teknologi termaju yang dijangka mengubah permainan pemain-pemain dalam segmen SUV di Malaysia.

Kesannya, sedikit masa lagi, kita akan menyaksikan pengeluar-pengeluar bukan nasional juga akan melengkapkan model SUV masing-masing dengan ciri sama seperti ditawarkan Proton supaya kekal kompetitif dan relevan di pasaran Malaysia. Siapa cakap kehadiran pengeluar nasional dan dasar automotif tempatan tidak beri manfaat?

BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China

Apa yang kita perlukan sekarang ialah sabar menunggu kerana kata bijak pandai, sabar itu indah. Apapun, pilihan di tangan kita sebagai pembeli. Kita layan dulu spesifikasi dan gambar Geely Binyue.

SPESIFIKASI

GEELY BINYUE

ENJIN: 1.5L (174hp, 255Nm) | 1.0L (134hp, 205Nm)
TRANSMISI: Dual-Klac (DCT) 7-kelajuan | Manual 6-Kelajuan (untuk 1.0L sahaja)
TEKNOLOGI: Teknologi pemanduan autonomi Tahap 2, terdiri daripada Kawalan Jelaha Pintar (ICC) dan Bantuan Parkir Automatik (APA) dengan bantuan sensor radar miligelombang dan kamera definisi tinggi (HD) - berfungsi hingga kelajuan hingga 150kmj dan mampu tukar laluan sendiri.
KESELAMATAN: Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan dengan pengecam pejalan kaki, pengesan titik buta (BSD), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), sistem pengimejan HD 360º, peraman pemanduan HD dan lain-lain.
CIRI: Kerusi elektrik, penyaman udara dwi-zon kawalan klimat, masukan tanpa kunci (keyless), upsholsteri kulit, pedal syif, sistem audi 6 pembesar suara, panel instrumen LCD 7 inci, panel infotainment apung HD 10.25 inci, dengan skrin lebar dan opsyen kit badan, arahan suara (voice command serta sokongan 4G dan WiFi

GALERI

Related

25.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Geely, Geely Binyue, Geely Boyue, Geely Group, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X70, Segmen B, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my