• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ghosn: "Saya Tak Buat Salah Apa"

Ghosn: "Saya Tak Buat Salah Apa"

November 30, 2018 By Han Othman Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA salah laku kewangan berlaku, menurut mantan Pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn dalam temu bual dengan media Jepun, Ahad lalu.

Mantan Pengarah Perwakilan, Greg Kelly, yang juga berdepan tuduhan melakukan 'kerja kotor' dalam urusan membeli  hartanah antarabangsa untuk Ghosn, turut menafikan sebarang salah laku yang berlaku. Beliau mendakwa sudah merujuk dengan pejabat peguam, syarikat dan Agensi Servis Kewangan (FSA) apabila melakukan pembelian.

Pendakwa menuduh Kelly gagal melaporkan pendapatan Ghosn sekitar AS$44 bilion (RM184 bilion) selama 5 tahun. Sumber pendakwa bagaimanapun percaya Ghosn memiliki lebih banyak kewangan tidak diaudit yang disembunyikan di sesuatu tempat.

Kelly dan Ghosn dipecat selepas 3 hari penahanan mereka.

TIADA APA YANG SALAH?

nissan_logo_1
carlos-ghosn

Ghosn dipetik Nikkei Asian Review berkata, beliau tiada niat untuk merahsiakan pendapatan dalam laporan kewangan. Tambahan lagi, beliau dan Kelly menghantar laporan tersebut mengikut apa diperlukan selain membuat semakan dengan pihak relevan.

Bagaimanapun, Nikkei Asian Review turut mendedahkan yang mantan Pengerusi Nissan itu secara peribadi terlibat dengan beberapa pembelian. Sumber berkata, beliau terbabit dalam urusan pemilihan dan rundingan harga dua kediaman mewah di British Virgin Islands. Selepas membuat keputusan mengenai hartanah itu, beliau menggesa Kelly, termasuk dua pembantu lagi, seorang Naib Presiden senior bukan Jepun dan seorang pegawai Kerajaan senior Jepun untuk menguruskan kertas kerja.

Pembelian Ghosn dikatakan dibuat menerusi Zi-A Capital BV di Belanda yang ditubuhkan sekitar 2010. Subsidiari Nissan di Belanda ini dilaporkan ditubuhkan untuk  memulakan teknologi kewangan. Menurut Morningstar, Kelly ialah Pengarah Zi-A Capital.

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Carlos Ghosn, Greg Kelly, Nissan, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Roda4, Skandal, Zi-A Capital BV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev