• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RTR 200 4V Lancar di Malaysia 10 Disember Ini, Agak-Agak Berapa Harga?

TVS Apache RTR 200 4V Lancar di Malaysia 10 Disember Ini, Agak-Agak Berapa Harga?

November 29, 2018 By Abang GYL 3 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASA dinantikan kini tiba. Model streetbike, TVS Apache RTR 200 4V sah akan dilancarkan 10 Disember depan. Selain model itu, TVS NEO X3i juga bakal diperkenalkan.

Kepada anda yang mungkin tidak tahu, TVS ialah jenama produk motosikal buatan TVS Motor Company, iaitu pengeluar motosikal multinasional yang berpangkalan di Chennai, India.

Jangan pandang rendah jenama motosikal ketiga terbesar India ini kerana BMW Motorrad sendiri memilih TVS sebagai rakan sekutu untuk memasarkan motosikal bawah 500cc sejak 2013. Hasil kerjasama itu ialah kemunculan BMW G 310 R. Jadi jenama baru yang bakal menembusi pasaran Malaysia nanti bukanlah cikai!

Kami difahamkan TVS Apache RTR 200 4V akan dibawa dalam versi import (CBU) dari India sebelum disusuli model pemasangan tempatan (CKD). 

BACA >>> #BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker - Naked yang Lebih Naked

TVS Apache RR 200 V414
TVS Apache RR 200 V43
Harga TVS Apache RR 200 V4

ENJIN 197.75CC SOHC

TVS Apache RTR 200 4V bakal dijana enjin 4 injap 197.75cc SOHC penyejukan minyak berkuasa 20hp @ 9,000rpm dan tork 17.5Nm @ 7,000rpm. Dengan padanan transmisi 5-kelajuan, ia membolehkan Streetbike itu memecut 0-100kmj sepantas 11.2 saat.

BACA >>> TVS Apache RTR 160 White Race Edition - Streetbike Bajet Lancar di India

Keselesaan tunggangan ditugaskan kepada suspensi fork teleskopik 37mm (depan) dan KYB monoshock (belakang), manakala kuasa henti menggunakan khidmat brek cakera 270mm (depan) dan 240mm (belakang). Bahagian roda dipadankan rim 17 inci dengan balutan tayar Pirelli bersaiz 90/90 (depan) dan 130/70 (belakang).

Difahamkan model untuk pasaran Malaysia akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, merah dan putih. Antara ciri khas TVS Apache RTR 200 4V ialah lampu depan jenis mentol dengan lampu posisi LED, lampu belakang LED dan ekzos barel kembar lumba.

BERAPA HARGA?


Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga didedahkan. Bagaimanapun, kami difahamkan TVS Apache RTR 200 4V akan dijual pada harga mampu milik. Apakah mungkin di bawah RM10,000? Apatah lagi jika ia mula dipasang di Malaysia, sudah tentu harga model tersebut akan jadi lebih murah.

Apa kata geng motor luar sana? Lontarkan pendapat anda di bahagian komen di bawah.

GALERI
tvs-apache-rtr-200-4v-dual-abs
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-front-three-quarters
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-engine-cowl
tvs-apache-rtr-200-4v-slipper-clutch
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-side-view
tvs-apache-rtr-200-4v-3
tvs-apache-rtr-200-4v-2
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-top-view
tvs-apache-rtr-200-4v-race-edition-2
tvs-apache-rtr-200-4v-race-edition
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-alloy
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-headlamp
2019-tvs-apache-rtr-200-4v-bg
tvs-apache-rtr-200-4v-1
TVS-Apache-RTR-200-4V-Race-Edition-2.0-seat

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: harga TVS Apache RTR 200, top speed TVS Apache RTR 200, TVS Apache RTR 200, TVS Apache RTR 200 baru, TVS Apache RTR 200 malaysia, TVS Apache RTR 200 price

Comments

  1. Musang says

    November 29, 2018 at 2:57 PM

    Market memilih branding, price & reliability
    Harga bwh 10k iaitu 8k agak relevan utk market baru..

    Reply
    • Ramesh Srinivasan says

      December 1, 2018 at 11:13 AM

      Price on road is 11.7K

      Reply
  2. faizel says

    November 30, 2018 at 5:00 PM

    still no abs

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev