• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Touring Kecil Benelli TRK251 Jengah Pasaran Malaysia 2019

#KLIMS2018: Touring Kecil Benelli TRK251 Jengah Pasaran Malaysia 2019

November 27, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN melakukan debut global Leoncino 250 pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, MForce Bike Holdings Sdn Bhd sebagai wakil pengedar jenama Benelli di Malaysia turut memperkenalkan model touring suku liter, Benelli TRK251.

Motosikal advencer ini menawarkan pengendalian tangkas dan mudah dengan kemampuan meredah pelbagai rupa bumi sukar walaupun seseorang penunggang itu masih berstatus novis. Ini kerana model ini sememangnya disasarkan khas buat penunggang muda dan boleh ditunggang pemilik lesen A2 di Itali.

BACA >>> #KLIMS2018: Benelli Leoncino 250 (2019) Buat Debut Global di Malaysia

ENJIN EURO 4

Motosikal asal Itali itu dijana enjin silinder tunggal 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 26.8hp @ 10,500rpm dan tork 21Nm @ 9,000rpm dengan transmisi klac basah 6-kelajuan.

REKABENTUK GAYA EROPAH

Model touring versi kecil itu dipadankan frem trellis keluli untuk pengendalian lebih stabil dan lincah. Imej depan diserlahkan menerusi lampu depan projektor kembar dengan paparan digital penuh yang memaparkan maklumat penting jentera. Malah pemasangan mufler baharu bukan saja meningkatkan imej jentera kembara itu tetapi turut menghasilkan deruman bunyi lebih mantap selain jarak kelegaan tanah dipertingkat.

CIRI UNIK

Pemilik tidak perlu lagi bimbang apabila peranti GPS kehabisan bateri ketika mengembara jauh kerana TRK251 memiliki pengecas USB yang diletakkan pada tangki minyak bersaiz 17 liter. Berat jentera 153kg bersama ketinggian pelana 835mm sesuai dengan ketinggian ramai pengguna di Asia.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi terbalik (USD) 41mm di depan dan monoshock 51mm boleh laras di belakang, manakala keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera dengan kaliper brek 4-piston bersama ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> #EICMA2018: Benelli 752s - Naked Middleweight yang Mempesona

Model ini bakal dipasarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada suku kedua tahun depan bersama dua lagi model: Leoncion 250 dan Benelli 502C.

GALERI

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: benelli, Benelli TRK 502, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, roda2, touring

Comments

  1. Mohd azzim says

    April 30, 2019 at 2:41 PM

    Harga rasmi di malaysia belum di umumkan?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev