• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Nissan Grand Livina (2014)

PANDU UJI: Nissan Grand Livina (2014)

May 8, 2014 By admin.pandulaju 1 Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

IMG_0094

NISSAN Grand Livina mula bertapak di pasaran tempatan pada Disember 2007. Mengikut rekod Edaran Tan Chong Motor (ETCM), kini terdapat lebih 65,000 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama ini atas jalan raya Malaysia.

Menghairankan, bagaimana Grand Livina mampu menjadi antara MPV bukan nasional terlaris negara ini walaupun agak lama menyepi selepas pelancaran model pertama pada 2007. Mungkin tiada pesaing lain yang mahu mencabar.

Apapun, sebelum mengulas lebih jauh mengenai pengalaman memandu, ada baik saya berkongsi perubahan dilakukan ke atas Grand Livina baharu dalam memastikan MPV ini terus kekal relevan. Model ini muncul semula ke pasaran tempatan tahun lalu dengan menampilkan 50 jenis penambahbaikan. Bagi merasai perbezaan antara versi lama dan baharu, saya diberi peluang memandu uji Grand Livina 1.8L.

IMG_0155

IMG_0163      IMG_0159

LUARAN: 50 Penambahbaikan

Melihat secara kasar, tidak banyak pembaharuan dilakukan, tetapi apabila diperhatikan secara terperinci, MPV ini sebenarnya tampil dengan rekaan lebih segar pada bahagian hadapan dan belakang. Gril hadapan krom baharu bergabung dengan panel horizontal dan rupa bampar hadapan lebih agresif. Lampu belakang juga direka semula dengan rupa mendatar, sekali gus menyerlahkanmej lebar dan sporty. Penampilan luaran turut disematkan rim aloi 15-inci bentuk jejari-V dan cermin sisi berserta signal LED bersepadu baharu.

DALAMAN: Imej Premium

Memasuki ruang dalaman, skim warna dua tona berserta fabrik baharu antara penambahbaikan dilakukan. Imej premium diserlahkan menerusi kluster meter dan Paparan Multi-Maklumat (MID) yang membentangkan informasi penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan baki jarak perjalanan.

IMG_0108

IMG_0125      IMG_0137

IMG_0120  IMG_0133  IMG_0170  IMG_0112

Tambahan, stereng tiga jejari dilengkapi butang kawalan unit audio 2DIN dan MID. Butang kawalan juga diiluminasi agar mudah dikendalikan ketika memandu malam. MPV ini turut didatangkan sistem Kunci Pintar (i-Key) Nissan yang membolehkan pemandu dan penumpang memasuki kabin tanpa akses kunci.

Dari aspek keselesaan masih boleh dianggap selesa sama ada memandu jarak dekat atau jauh. Cuma, jika mahu ruangan simpanan barang lebih luas, pastikan anda tidak bawa lebih daripada tiga penumpang bagi membolehkan kerusi belakang dilipat sepenuhnya. Jika tidak, MPV ini jadi tidak praktikal kerana ruangan simpanan barang terhad.

PRESTASI: Tidak Mengecewakan

Nissan tidak melakukan sebarang perubahan pada enjin dan masih menggunakan enjin HR16DE dan MR18DE. Sepanjang mengemudi jentera ini, enjin 4-silinder aluminium MR18DE dengan hamburan kuasa 124hp pada 5,200rpm dan tork 174Nm (4,800rpm) nyata tidak mengecewakan. Begitu juga saat dipandu dalam kelajuan tinggi. Tiada sebarang masalah dan MPV ini mudah dikendalikan ketika beraksi di jalan raya.

IMG_0145

IMG_0094      IMG_0080

Olengan badan agak terasa apabila mengambil selekoh dan enjin sedikit mengaum ketika pedal ditekan agresif sama ada ketika mendaki bukit atau memotong kenderaan lain. Aspek keselamatan MPV tujuh kerusi ini menerima beberapa  penambahan ciri seperti tali pinggang keledar pra-tegangan dan pengehad beban untuk pemandu dan penumpang, selain memenuhi piawaian ujian pelanggaran terkini UNECE.

Selain dua beg udara SRS sebagai ciri standard, Grand Livina juga dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Dijual pada harga RM96,000 (termasuk insurans), pengguna ditawarkan lima pilihan warna menarik; biru, hitam, emas, putih dan perak.

KESIMPULAN

Nissan perlu hadir dengan rekabentuk lebih menawan jika mahu terus diminati ramai. Walaupun MPV ini diterima ramai, tetapi jangan lupa dengan kahadiran pesaing, Perodua Alza baharu yang harganya jauh lebih murah. Saya yakin kedua-dua model ini bakal bersaing hebat. Sebagai pengguna, saya ada pilihan lain jika mahu memiliki MPV. - Gan Yong Li

SPESIFIKASI
ENJIN  1.8L MR18DE 4-silinder aluminium
KUASA MAKSIMUM 124hp@5,200rpm
TORK MAKSIMUM 174Nm@4,800rpm 
CIRI 2 beg udara, ABS dengan EBD dan BA
HARGA RM96,000

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: ETCM, MPV, Nissan Grand Livina 2014

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev