• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #KLIMS2018: Benelli Leoncino 250 (2019) Buat Debut Global di Malaysia

#KLIMS2018: Benelli Leoncino 250 (2019) Buat Debut Global di Malaysia

November 25, 2018 By Aryon 1 Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd sebagai wakil pengedar jenama Benelli di Malaysia hari ini melancarkan debut global Leoncino 250 pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 bersama dua lagi model, TRK251 dan 502C.

Leoncino 250 ialah roadster kompak retro kontemporari yang tampil dengan rekabentuk tersendiri mewakili gaya dan konsep asal sejarah keluarga Pasero. Ia direka semula dengan gaya moden.

Berikut beberapa fakta pantas tentang Benelli Leoncino 250:

1. Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc DOHC empat injap sebaris penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) yang dipacu transmisi klac basah 6-kelajuan.

2. Kuasa dihasilkan 26.8hp @ 10,500rpm dan tork 21Nm @ 9,000rpm, manakala penjimatan bahan api pada kadar 4.1 liter per 100km. Model ini melepasi piawaian Euro 4

3. Menampilkan rekabentuk asli yang mengekalkan tradisi Leoncino dengan gaya retro klasik dan arca singa Benelli tersergam atas madgad depan.

4. Menampilkan lampu depan dan belakang LED, manakala instrumen panel digital lebih cerah untuk mudah dilihat.

5. Dipasangkan suspensi terbalik (USD) diameter 41mm di depan dan monoshock (belakang).

6. Sistem henti menggunakan brek cakera apung 280mm dengan kaliper brek 4-piston di depan, dan brek cakera apung 240mm dengan kaliper brek 1-piston di belakang. Kedua-dua tayar dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

7. Bahagian roda dipasangkan rim aloi aluminium 17 inci dan tayar 110/70 R17 di depan, dan 150/60 R17 (belakang).

8. Memiliki jarak roda 1,370mm, jarak kelegaan tanah 170mm dengan kapasiti tangki 12 liter dan berat jentera 164kg.

9. Dijangka berada di pasaran pada suku kedua 2019.

GALERI

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, fakta pantas, KLIMS 2018, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, roadster, roda2, sportbike

Comments

  1. firdaus says

    November 26, 2018 at 11:08 AM

    Admin.. model TRK250 kat sebelah Leoncino 250 tu apa cerita ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev