• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Urus ST-X Concept - Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

Lamborghini Urus ST-X Concept - Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

November 25, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA begitu banyak pengeluar menumpukan perhatian kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), ada kemungkinan kenderaan jenis ini dijadikan jentera lumba.

Jika anda perasan, perlumbaan trek atau rali ialah cerminan kepada jenis kenderaan popular. Cuba ingat suatu masa dulu, kereta penumpang ialah pilihan utama untuk berlumba trek dan rali, tetapi kini kereta kompak pula yang mendominasi.

Hari ini, perlumbaan trek atau rali tempatan dimeriahkan dengan kereta hatchback dan kompak seperti Honda Jazz, Suzuki Swift dan Proton Satria. Misalnya, dalam perlumbaan Sepang 1,000KM yang berlangsung baru-baru ini, Proton menggunakan Iriz dan Saga, manakala Honda menghantar City dan Jazz. Di mana Perodua?

BACA >>> 'Lamborghini Urus China' Bakal Lancar dengan Harga Mampu Milik

Segmen yang menjadi trend kegemaran dunia sekarang ialah SUV hingga jenama mewah dan eksotik seperti Lamborghini, Rolls Royce, Maserati, Porsche, Bentley pun mahu memasarkannya. Berdasarkan trend semasa ini, memang normal satu perlumbaan khusus untuk SUV dianjurkan, tetapi siapa pula mahu memulakannya?

SUV LUMBA LAMBORGHINI


Lamborghini melalui divisyen permotoran Squadra Corse pada 17 November lalu mendedahlan SUV lumba Urus ST-X Concept. Model ini bukan saja datang sebagai jentera konsep, tetapi juga membayangkan format perlumbaan.

Rancangannya, perlumbaan khas untuk jenama tunggal dan dibuat dalam litar yang menggabungkan trek lumba dan off-road.  Format perlumbaan baharu itu bakal dimulakan pada 2020 di Eropah dan Timur Tengah di litar khas yang mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Pelumba boleh terus memandu berdasarkan konsep 'tiba dan pandu' (arrive and drive) menerusi pakej lengkap kereta dan bantuan teknikal ketika berlumba. Pakej seperti ini sudah biasa dibuat dalam lumba trek dan rali, terutama siri perlumbaan yang melibatkan banyak pusingan di beberapa buah negara.

Debut SUV Urus ST-X Concept di litar lumba dirancang pada pusingan Lamborghini World Final musim 2019.

Berikut butiran mengenai Lamborghini Urus ST-X Concept:

  • Dibina berdasarkan pengalaman Lamborghini Squadra Corsa dalam dunia perlumbaan.
  • Dilengkapi pelbagai kelengkapan standard FIA seperti rangka keselamatan, sistem cegah kebakaran dan tangki minyak FT.
  • Luar dicat warna Verde Manti (hijau) kusam dengan bonet gentian karbon terdedah.
  • Ruang masukan udara lebih besar untuk mengoptimum penyejukan enjin V8 turbo kembar.
  • Spoiler belakang.
  • Ekzos perlumbaan dengan rekabentuk heksagon baharu.
  • Rim aloi 21 inci dengan nat tunggal dan tayar Pirelli.
  • Berat dikurangkan 25 peratus berbanding model standard.

Jika berminat, bolehlah masuk merisik SUV Lamborghini ini nanti dengan pakej perlumbaan Lamborghini. Ini sebenarnya cara terbaik buat pelumba dan pasukan yang tidak mahu bersusah payah menyimpan dan menyenggara jentera lumba. Cuma perlu sediakan wang atau penaja, dan anda boleh terus berlumba!

BACA >>> 12 Fakta Pantas - Bukan Lancer EVO, Tetapi Lamborghini Huracan GT3 EVO (2019)!

GALERI

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lamborghini, Lamborghini Squadra Corsa, Lamborghini Urus, Lamborghini Urus ST-X Concept, Roda4, Squadra Corse

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev