• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2018: Nissan Leaf Serba Baharu Singgah Malaysia

#KLIMS2018: Nissan Leaf Serba Baharu Singgah Malaysia

November 23, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEJAK dilancarkan pada 2010, Nissan sudah menjual lebih 350,000 unit Leaf  seluruh dunia. Model elektrik itu kini direka semula sepenuhnya dengan menggabungkan pelbagai aspek rekabentuk baharu yang dinamik dan berteknologi maju.

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempamerkan Leaf serba baharu yang dipakejkan dengan e-powertrain termaju menerusi pek bateri lithium ion 40kwh yang menawarkan jarak pemanduan hingga 400km untuk sekali cas. Output kuasa 147.5hp dan tork 320Nm meningkatkan aspek pecutan dan keseronokan pemanduan.

BACA >>> Nissan Leaf Nismo Akhirnya Dilancarkan, Tetapi untuk Pasaran Jepun Sahaja

TEKNOLOGI PEMANDUAN AUTONOMI

NISSAN LEAF SERBA BAHARU-7
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-4
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-3

Leaf serba baharu menampilkan teknologi pemanduan autonomi ProPilot. Apabila diaktifkan, ciri ini akan mengikut kenderaan depan mengikut  jarak yang ditetapkan selain memastikan hatchback ini berada atas laluan betul, iaitu tengah lorong memandu (walaupun di selekoh).

Teknologi ProPilot juga mampu menghentikan kenderaan sepenuhnya bergantung situasi trafik, dan bergerak semula apabila trafik kembali lancar. Satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman pemanduan ialah e-Pedal yang membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan menggunakan pedal minyak sahaja.

BACA >>> Malaysia Turut Jadi Destinasi Nissan Leaf (2018)

Penampilan luaran Leaf dapat dilihat menerusi profil rendah bersama aspek aerodinamik dan gaya lampu utama signatur berbentuk boomerang yang digabungkan bersama rekaan depan V-motion. Gril biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang menyerlahkan identiti sebagai kereta sifar emisi.

Ruang kabin Leaf direka semula menerusi panel depan baharu berbentuk 'sayap luncur' (gliding wing) dengan jahitan biru pada kerusi, papan pemuka dan stereng yang disepadukan dengan simbol kenderaan Elektrik Nissan. Selain Leaf, ETCM turut mempamerkan sistem e-Power, dan model seperti Serena S-Hybrid, Navara Black Series, X-Trail X Tremer dan Nissan Almera Black Series.

GALERI
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-4
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-7
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-3
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-5
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-9
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-1
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-6
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-8
NISSAN LEAF SERBA BAHARU-10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Nissan, Nissan LEAF, Nissan Leaf Serba Baharu, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev