• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru Lulus Ujian Memandu Tidak Sampai Sejam Sudah Kena Gantung Lesen

Baru Lulus Ujian Memandu Tidak Sampai Sejam Sudah Kena Gantung Lesen

November 23, 2018 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALI pertama dapat lesen memang seronok, terutama anak muda. Inilah masanya memandu kereta atau menunggang motor dengan senang hati dan bebas tanpa perlu dada berdebar setiap kali terserempak abang polis. Kaki pula sudah semakin panjang kerana boleh ke mana-mana pada bila-bila masa tanpa perlu lagi bergantung kepada ibu bapa dan pengangkutan awam.

Namun, lain pula berita dari Jerman ini apabila keseronokan seorang anak muda berusia 18 tahun yang baru dapat lesen bertukar menjadi mimpi ngeri. Semua gara-gara dikesan memandu melebihi had laju hanya selepas 49 minit baru dapat lesen.

BACA >>> Polis UK Tenang Walaupun Dikecam Guna Peranti 'Stinger' Halang Pemandu, Penunggang Degil

Anak muda itu dikesan memandu 95kmj di zon 50kmj, bersama empat rakan penumpang lain yang mana polis beranggapan dia cuba untuk membuatkan rakan-rakannya kagum dengan memecut laju.

Padahnya, dia bakal digantung lesen 4 minggu, termasuk dikompaun €200 (RM958). Lebih memilukan, tempoh lesen 'P' yang sepatutnya dapat diselesaikan 2 tahun, tetapi kini dilanjutkan kepada 4 tahun. Kata polis lagi, pemandu itu hanya akan mendapat semula lesennya selepas menjalani latihan lanjutan tambahan disebabkan kelakuannya yang tidak semenggah itu.

Sekarang semua tahukan sebab apa Jerman boleh jadi antara negara paling selamat di dunia untuk memandu?

BACA >>> Pemilik EV di Austria Boleh Pandu Laju Tanpa Perlu Risau Kena Saman

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berita, berita terkini, Jerman, Lesen, Pemandu Jerman, Polis Jerman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev