• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 7 Tip Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta

#ApaNakBuat: 7 Tip Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta

February 18, 2016 By Han Othman 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUDUK lama dalam kereta sudah menjadi rutin harian sebahagian besar warga kota. Masalahnya, kepala boleh jadi pusing kalau ada bau-bauan pelik dan busuk. Macam-macam bau menusuk hidung yang datang daripada karpet basah, peluh, darah ikan, tumpahan sisa makanan atau durian!

Meletakkan pewangi khas memang berkesan untuk menghilangkan bauan tersebut, tetapi apabila harumannya habis, bau yang sama muncul semula. Jom kita baca bagaimana mahu hapuskan segala bauan tersebut secara semula jadi.

BACA >>> Kenali 6 Jenis Bau Dalam Kereta, Petanda Awal Kereta Anda Mungkin Bermasalah

1. Buka Sedikit Tingkap Semalaman

Ini sedikit sebanyak membantu menyah keluar bauan dari dalam kabin supaya dapat digantikan dengan udara baru yang lebih segar. Tetapi, anda tetap perlu mencari dari mana punca utama bau tersebut.

2. Cuci Karpet, Fabrik atau Pelapik But

Sila cuci karpet, fabrik dan pelapik but kereta anda. Kebiasaannya sumber bau berpunca daripada bahagian tersebut. Dan jangan pula lupa keringkan.

3. Cuci Sisa Tumpahan

Jika tempat duduk ada kesan tumpahan, cuci hingga bau dan warna hilang serta jangan lupa dikeringkan betul-betul.

4.  Guna Serbuk Kopi

Kopi ialah cara tradisional yang kerap digunakan. Letakkan serbuk kopi di sudut kabin dan biarkan semalaman. Janganlah tabur saja, tapi letaklah di dalam bekas khas. Dan jangan pula mengada-ngada gunakan kopi mahal, cukuplah kopi murah. Paling penting, jangan sesekali guna kopi 3+1!

5. Guna Baking Soda

Percikkan soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.

6. Guna Cuka Epal (Apple Cidar)

Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.

7. Bawa ke Spa Kereta

Hah, ini paling mudah. Sediakan wang secukupnya dan bawa kereta anda ke mana-mana premis cuci kereta. Lebih baik jika anda hantar ke pusat spa kereta yang memang ada kepakaran khas dalam kerja cucian dalaman kereta. Suruh buat macam gambar bawah ini. Kalau bau tak hilang juga tak tahulah.

BACA >>> 'Pasukan Hidung Audi' - Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

cuci-kereta

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, cara hilangkan kereta berbau, Kereta Bau Busuk, kereta bau kepam, kereta berbau, kereta busuk, Roda4, tip, tip cuci interior kereta, tip elak kereta berbau

Comments

  1. Shahed says

    August 22, 2016 at 12:03 PM

    Kini telah ada produk yang boleh menghilangkan bau busuk dalam kereta dengan serta merta. Bau durian, ikan, peluh, hapak dan apa saja boleh dihilangkan dengan FreshOne Odour Killer. Hubungi 0194757311 untuk maklumat lanjut atau lawat https://www.facebook.com/freshoneok

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev