• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #KLIMS2018: Boon Siew Lancar Honda PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade

#KLIMS2018: Boon Siew Lancar Honda PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade

November 22, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKAAN kami nampaknya mengena kali ini. Boon Siew Honda (BSH) baru saja melancarkan PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR ke pasaran tempatan. Ketiga-tiga model itu dilancarkan serentak pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Turut dipamerkan ialah model retro moden, Super Cub C125. Bagaimanapun model itu tidak dijual di pasaran Malaysia, cuma untuk pameran.

1. HONDA PCX HYBRID

  • PCX Hybrid dijana enjin silinder tunggal 4-lejang bersama bateri lithium-ion. Sistem bantuan motor ditambah pada penghidup ACG yang membolehkan enjin memberikan respon terotel lebih tepat dan menghasilkan pecutan terbaik.
  • Enjin berkuasa 14.4hp @ 8,500rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, manakala motor elektrik menjana kuasa maksimum 1.8hp @ 3,000rpm dan tork maksimum 4.3Nm @ 3,000rpm.
  • Tunggangan lancar boleh dinikmati menerusi pilihan 3 mod: Drive (D), Sport (S) dan Idling Off. Mod Idling Off membolehkan penunggang menyah aktif fungsi Sistem Henti Lahu (ISS), tetapi mengekalkan prestasi sama seperti mod D.
  • Sebagai jentera mesra alam, skuter hibrid ini digabungkan dengan ciri kuasa pintar dipertingkat, Enhance Smart Power (eSP) yang mampu mengoptimumkan penjimatan bahan api.
  • Dibangunkan dengan teknologi seperti ISS, Sistem Rangkuman Brek (CBS) dan Sistem Kunci Pintar Honda.
  • Penampilan luaran masih sama seperti versi PCX sedia ada menerusi lampu LED, panel meter digital penuh, soket DC dalam kotak konsol untuk mengecas, ruang pelana luas dengan ciri seat stopper dan tangki minyak besar 8 liter. Hanya lencana membezakan PCX Hybrid dengan model konvensional.
  • Ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja, iaitu Pearl Dark Night Blue (biru gelap) pada harga ialah RM13,499.

2. HONDA FORZA

  • Forza dilancarkan di Malaysia pada harga RM30,999.
  • Skuteri ini dilengkapi enjin 4-lejang 279cc OHC suntikan bahan api, berkuasa 24.8hp @ 7,000rpm dan tork 27.2Nm @ 5,750rpm. Hantaran kuasa lancar ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi V-Matic. Atas kertas, skuter ini mampu memberikan penjimatan bahan api pada kadar 31km per liter.
  • Skuter seberat 184kg itu dipadankan saiz tangki 11.5 liter dengan ruang simpanan bawah pelana luas, cukup untuk memuatkan 2 helmet muka penuh.
  • Forza ialah model AT Honda pertama dilengkapi ciri kawalan tork, Honda Selectable Torque Control (HSTC) selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kunci Pintar Honda dan lampu LED , termasuk soket cas 12V dan skrin elektrik boleh laras.
  • Ada 3 pilihan warna ditawarkan: Pearl Horizon White (putih), Sword Silver Metallic (perak) dan Asteroid Black Metallic (hitam).

3. HONDA CBR1000RR FIREBLADE

  • CBR1000RR tampil agresif dan garang serta sudah siap sedia dimiliki peminat superbike Malaysia pada harga RM91,999.
  • Dibangunkan berasaskan konsep Next Stage Total Control, jentera seberat 196kg ini menawarkan kawalan penuh kepada penunggang menerusi prestasi jentera yang pantas dan stabil.
  • Dijana enjin 4-lejang 998cc 16 injap DOHC penyejukan cecair, model ini mampu menghamburkan kuasa 189hp @ 13,000rpm dan tork 114Nm @ 11,000rpm.
  • Dipadankan teknologi Honda termaju seperti HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, pilihan Quickshifter dengan Bantuan Downshift, Power Selector, suspensi Showa boleh laras dan Damper Stereng Elektronik Honda (HESD).
  • Sistem Pilihan Mod Tunggangan (RMSS) meningkatkan adrenalin pengendalian menerusi pilihan mod trek, jalan berselekoh dan jalan raya. Semua mod itu digabungkan dengan HSTC.
  • Turut dilengkapi 2 mod User. Semua parameter boleh digabungkan dan diubah mengikut kehendak penunggang yang hanya perlu menukar mod bagi RMSS dengan menolak ke atas-bawah untuk memilih mod User di kiri bar hendal.
  • Didatangkan dalam 2 pilihan warna: Grand Prix Red (merah) dan Matt Ballistic Black Metallic (hitam).
  • Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) teleskopik Showa dan unit Pro-Link di belakang.

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CBR1000RR Fireblade, Honda Forza, Honda PCX Hybrid, KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), roda2, Skuter Hibrid, skuter maksi, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev