• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nah, 11 Foto Honda Wave 125i (2019)! Kemas Kini Laman Web Mungkin Tahun Depan Kot

Nah, 11 Foto Honda Wave 125i (2019)! Kemas Kini Laman Web Mungkin Tahun Depan Kot

November 21, 2018 By Aryon 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) pada 19 November lalu baru saja melancarkan Wave 125i (2019) serba baharu menerusi kenyataan media yang turut dimuat naik dalam laman web rasmi wakil pengedar itu. Mungkin sebab bukan model flagship, atau 'model serba baharu' dalam erti kata sebenar, maka promosi dan berita yang diuar-uarkan dibuat ala kadar saja.

BACA >>> Honda Wave 125i (2019) Serba Baharu Kini Lebih Murah, Harga Bermula RM5.9k Sahaja!

Foto yang diberikan bersama kenyataan media cuma pandangan dari depan, manakala produk di laman web langsung tidak dikemas kini, masih lagi memaparkan Wave 125i versi lama. Jauh sangat kalau nak dibandingkan di Indonesia atau Thailand, termasuk Vietnam sekalipun. Di sana, kemas kini laman web biasanya dibuat serentak pada hari pelancaran, ataupun foto rasmi didedahkan lebih awal sebelum sesuatu model baharu hendak dilancarkan.

MASALAH PENGELUAR MOTOSIKAL MALAYSIA

Ini bukan saja memudahkan pihak media membuat hebahan umum, malah memudahkan pembeli membuat survei dan menilai produk ditawarkan. Bayangkan selepas kami memuat naik berita tentang Wave 125i (2019) serba baharu, ramai pembaca bertanya tentang rupa belakang kapcai tersebut yang tidak dapat kami kongsikan. Ye lah, itu saja gambar yang BSH bagi. Hmm...

Sebenarnya, ini bukan masalah BSH saja, tetapi boleh dikatakan kebanyakan pengeluar motosikal di Malaysia pun berperangai sama. Bab online memang ke laut perginya. Entahlah sama ada mereka betul-betul hendak meniaga motor, ataupun hendak meniaga ikan.

Mujurlah ada pembaca spy sudi berkongsi gambar Wave 125i (2019) yang sempat dia ambil di sebuah kedai motor, nun jauh di Johor sana. Sekarang barulah kita semua dapat menatap setiap sudut kapcai tersebut. Kalau nak harap gambar dalam laman web, mungkin tahun depan gamaknya baru BSH hendak kemas kini.

Jangan le marah, enjoy dulu naa!

KREDIT FOTO: Mohd Adib
* Foto diambil dari Kedai Motor Kien Seng Motor Trading Sdn Bhd, Johor Bahru

GALERI

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), BSH, Foto Honda Wave 125i (2019), Honda, Honda Wave, Honda Wave (2019), Kapcai, Moped, roda2

Comments

  1. Min says

    November 22, 2018 at 2:37 AM

    Apasal lah Honda tak buat wave 125 dgn engine 4valve kan ke bagus

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev